Jumaat, 19 September 2014

Dosa Semalam

Kau kata itu dosa,
Kau kata itu yang terakhir,
Takkan kau ulang,
Takkan kau letak diri kau dalam kotor,
Dalam hina yang kau palit sendiri,
Tapi, bila datang si syaitan mencucuk,
Bila datang nafsu menuntut,
Kau pilih untuk turut,
Kau lupa pada Dia,
Kau lupa itu dosa,
Kau lupa janji yang kau pernah tabur,
Kau jadi lupa peritnya dulu,
Dulu saat kau mahu bangun,
Bangun untuk tinggal cerita semalam,
Cerita semalam yang pedih,
Yang buat kau jadi lemah,
Lalu jauh dari Dia,
Kau bangun dan kutip kuat,
Cuba tebalkan iman nipis kulit bawang itu,
Apa kau sudah lupa?
Kau lupa kalau tidak takkan kau ulang dan ulang ia begini?
Ini pesanku yang terakhir,
Jangan kau ulang lagi,
Jangan kau palit hina itu,
Andai kau tekad pilih syurga,
Usah sesekali bawa diri rasa bahangnya neraka,
Pintu taubat sentiasa terbuka,
Antara mahu atau tak sahaja,
Kau pilih....

Nukilan Hafizah Radzak 19092014

p/s: Semoga Allah mengampuni, untuk dosa semalam hari ini dan yang akan datang....amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan