Isnin, 30 November 2015

Catatan Hati Imanina #3

Orang kata kalau benar kita sayangkan seseorang, kita ada dua pilihan. Sama ada kita usaha sungguh2 untuk memilikinya ataupun lepaskan dia dalam jagaan Tuhan.
Dan hari ini dia pilih untuk melepaskan.
Dia pilih untuk berhenti daripada terus menunggu.
Ya, dia sedang corakkan muka depan untuk buku baru dengan sungguh2.
Agar halaman-halaman lain turut sama indahnya.

Dia pilih untuk berhenti disini.
Bukan beerti dia berputus asa.
Apatah lagi kecewa.
Dia sedang ajar dan pujuk hati untuk kuat.
Kuat untuk meneruskan langkah daripada terus berpijak pada hari semalam.                                      
Semoga awak baik-baik sahaja dalam jagaan-Nya, Lim!

p/s: Ada sapa2 x sudi nak mengarang cerita ni. Rasa macam busynya kemain. Ada 3 weeks before nak submit final assignments utk sem ni..May Allah ease..amiin