Jumaat, 19 September 2014

Dosa Semalam

Kau kata itu dosa,
Kau kata itu yang terakhir,
Takkan kau ulang,
Takkan kau letak diri kau dalam kotor,
Dalam hina yang kau palit sendiri,
Tapi, bila datang si syaitan mencucuk,
Bila datang nafsu menuntut,
Kau pilih untuk turut,
Kau lupa pada Dia,
Kau lupa itu dosa,
Kau lupa janji yang kau pernah tabur,
Kau jadi lupa peritnya dulu,
Dulu saat kau mahu bangun,
Bangun untuk tinggal cerita semalam,
Cerita semalam yang pedih,
Yang buat kau jadi lemah,
Lalu jauh dari Dia,
Kau bangun dan kutip kuat,
Cuba tebalkan iman nipis kulit bawang itu,
Apa kau sudah lupa?
Kau lupa kalau tidak takkan kau ulang dan ulang ia begini?
Ini pesanku yang terakhir,
Jangan kau ulang lagi,
Jangan kau palit hina itu,
Andai kau tekad pilih syurga,
Usah sesekali bawa diri rasa bahangnya neraka,
Pintu taubat sentiasa terbuka,
Antara mahu atau tak sahaja,
Kau pilih....

Nukilan Hafizah Radzak 19092014

p/s: Semoga Allah mengampuni, untuk dosa semalam hari ini dan yang akan datang....amiin

Khamis, 18 September 2014

Coretan Hati Surat Ungu Untuk Nuha

Assalamu'alaikum wbt..
Hari tu mengulang lagi Surat Ungu Untuk Nuha,
Tiba-tiba hati mencoret kata,
Tangan terus bekerja pantas melarikan pena..
Mak cik Raja, kirimkan ini pada Haji Yatim....

Usah dicemburui dia yang telah pergi,
Dia yang pernah tersemat di hati,
Kerana dia hanyalah secebis masa silam,
Yang aku harap tidak akan berulang lagi,
Usah dicemburui masa laluku,
Kerana sudah kukikis dia,
Biar tiada bekas di hati,
Biar punah dan mati segala rasa,
Agar mudah untuk aku isi,
Kau yang sentiasa menanti,
Kau yang sentiasa mengasihi,
Kau yang aku tidak sedari,
Anugerah Dia untuk aku syukuri....

p/s: Sedang membaca karya terbaru Noor Suraya, novelis yang tak pernah sekalipun mengecewakan saya. Cerita yang membuai rasa dan sangat dekat di jiwa. Bukan hanya cerita cinta semata.....

Jumaat, 12 September 2014

Time Passes But Memories Will Always Remain

Hari ini, aku masih disini,
Esok lusa belum tentu lagi,
Mungkin aku akan pergi,
Meninggalkan kau disini,
Membiarkan kau terus menanti dan menanti,
Atau mungkin saja kau yang akan pergi,
Setelah lelah menanti sendiri,
Pergi dari sini untuk kejar apa yang kau impi,
Atau juga pergi untuk cari pengganti,
Mengisi hari-hari yang bakal kau lalui nanti,
Walau siapa dan apa pun yang kau temui,
Moga ianya bawa kau lebih dekat dengan Ilahi,
Dan, andainya aku yang ditakdirkan masih disini,
Atau yang mengambil langkah untuk pergi,
Hanya satu boleh aku janji,
Aku akan sentiasa mengingati,
Engkau yang aku semat dihati,
Engkau yang aku sebut lewat doa hari-hari,
Engkau yang aku panggil teman sejati....

Nukilan Hafizah Radzak 12092014

p/s: Rindu teman-teman sejati. Semakin terpisah mengejar cita-cita. Bertemu, berpisah, bertemu teman baru, semoga yang lama tak terus dilupa, tersemat terpahat kuat dalam hati dan sanubari. Miss all the memories. Counting days to meet my bffs...