Rabu, 27 November 2013

Gadis Desa Dulu

Assalamua'laikum wbt..
Alhamdulillah, saya dah habis belajar untuk degree..
Menjadi penanam anggur sementara tunggu bulan satu untuk mula bekerja sementara,
itupun kalau belum di hantar posting....
Jom baca nukilan saya kat bawah ni...
Buat isi masa lapang terluang, saya suka conteng-conteng buku tulis apa yang terlintas di hati...

Gadis Desa Dulu
Gadis desa dulu,
Manisnya ada walaupun cantiknya tidak,
Ayu berbaju kurung kain kapas,
Tudung litup yang lepas,
Aurat terselindung kemas.

Gadis desa dulu,
Yang dilihat,
Hanya pada tuturnya yang sopan,
Peribadi mulia indah pada pandangan,
Sekilas lirik buat hati jadi rawan.

Gadis desa dulu,
Malunya jadi nilai harga diri,
Diamnya kandung seribu erti,
Bukan tanda lemahnya diri,
Tapi tunjuk hebatnya peribadi.

Gadis desa dulu,
Ukuran maharnya nilai Al-Quran di hati,
Bukan rupa, degree atau pangkat tinggi,
Seperti gadis kebelakangan ini,
Yang boleh dilihat disana-sini.

Nukilan: Hafizah Radzak

p/s: Risau melihat anak-anak gadis di kampung pada zaman sekarang. Seluar ketat, baju melekat dan singkat. Bergelak ketawa lelaki perempuan depan rumah tanpa disekat...

Isnin, 25 November 2013

Fatwa Hati

Assalamu'alaikum wbt

Pernah dengar tak lagu Pandangan Mata daripada Hijjaz? Saya suka liriknya yang ini,


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Tapi, post kali ini bukan saya nak bercakap tentang pandangan mata tetapi lebih kepada pandangan hati. Saya baru sahaja selesai menghabiskan bacaan buku Cinta High Class hasil nukilan penulis hebat Fatimah Syarha. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah berkaitan fatwa hati. Ianya saya jumpa dalam pembacaan saya itu. Kalau sebelum ni sejujurnya saya tidak pernah tahu mahupun pernah dengar berkaitan fatwa hati ni. Alhamdulillah, bukunya menambah ilmu dan pengetahuan saya berkaitan itu.
Peribahasa melayu ada mengatakan " ikut hati mati, ikut rasa binasa". Kadang- kadang saya juga tidak terlepas daripada mempercayai kata- kata itu. Tetapi bila difikir- fikirkan balik sejujurnya saya lebih suka ikut kata hati tambahan lagi kalau perkara itu berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Kesan daripada keputusan yang dibuat hati ini yang nak menanggungnya, jadi eloklah ia yang membuat keputusan tak begitu? Mengambil berat tentang sesuatu keputusan itu amat penting dan saya akan buat ikut apa yang tenang di hati. Dulu, saya juga rasa was- was, rasa ini dari Dia atau mainan dia si syaitan laknatullah itu? Saya rungkai persoalan dengan bertanyakan sahabat yang saya kasihi. Alhamdulillah, jawapannya positif tetapi dia lupa-lupa ingat hadis yang menyebut soal itu. Saya membiarkan tanpa terlintas di hati untuk mencari hadis tersebut dan hari ini alhamdulillah Allah temukannya kepada saya. Tapi awas, hati juga kadang-kadang dikuasai nafsu. kenali dulu hatimu sebelum meminta fatwanya.
Ini hadisnya,
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu apa yang menenteramkan dirimu, dan menenteramkan hatimu. Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri dan ragu dalam jiwa, sekalipun ada orang berfatwa kepadamu dan mereka berfatwa dengan menyalahinya."(Riwayat Ahmad dan al-Darimi,hadis hasan)
Hati saya mungkin tidak sebersih dan sesuci hati mereka yang dijanjikan syurga oleh-Nya. Tapi saya tidak duduk saja dengan membiarkan kotoran itu terus mengotorkan hati saya. Saya baru bangkit. Ya, bangkit daripada zaman jahiliyah saya dulu. Zaman saya lalai dan memandang rendah pada suruhan dan larangan Pencipta saya. Saya mahu berubah. Kerana itu saya pilih jalan mujahadah. Pahitnya jalan mujahadah itu tetapi saya takkan biarkan kaki ini sesekali berhenti. Biar ia terus melangkah agar saya mampu meneguk kemanisannya saat di syurga nanti. Saya mahukan syurga. Saya yakin anda juga begitu kan? Put your trust in Allah, tanpa ragu-ragu. Allah itu bersama orang- orang yang bersamanya. Salam Alaik!

Ahad, 24 November 2013

Rindu Itu Datang Lagi

  



Rindu itu fitrah..
Fitrah itu apabila kena cara urusnya akan jadi barakah,
Tapi, awas..Andai tersilap langkah membawa kepada fitnah

Rindu itu datang lagi

Apabila rindu itu datang lagi
Ke mana hendak ku tepis pergi
Andai itu kemahuan hati
Haruskah aku turuti pasti?

Dan, apabila rindu itu datang lagi
Aku hanya mampu menangis sepi
Memanjat doa dalam hati
Agar harapan dikabulkan Ilahi

Untuk aku seorang biasa ini
Tiada apa yang aku mampu selain berserah diri
Pada DIA Ya Rabbul Izzati
Yang meniup rindu ini ke hati

Ku titip doa setiap hari
Moga fitrah ini jadi penguat diri
Bukan fitnah menjerut hati
Menghumban diri ke jalan mati

Andai kelak rindu itu datang lagi
Kuatkan aku untuk terus berdiri
Agar ia tidak melalaikan hati
Tambah penguat jati diri
Untuk dia yang halal dirindui

Nukilan: Hafizah Radzak

p/s: jangan salah sangka pada saya, saya tidak bercinta bahkan tidak pernah sekalipun bercinta..Tapi, kadang-kadang rindu itu datang bertandang. Ya, saya rindu, rindu pada dia yang saya nanti dengan penuh sabar.. In syaa Allah, dia yang sudah Allah takdirkan buat saya, dia yang akan bawa saya ke syurga....=) terjiwang malam-malam dek baru lepas habiskan Surat Ungu Untuk Nuha karya Noor Suraya.. =D

Isnin, 11 November 2013

Amalan Membaca Surah Al Kahfi

 Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog lagi...Saya dalam minggu terakhir exam dan juga sedang meniti 4 hari terakhir sebagai student..Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..Mohon doakan kami ya.. =) 

Banyak sangat benda yang nak dikongsikan sebenarnya tapi saya belum ada masa untuk menaip panjang-panjang. Jadi hari ni saya nak berkongsi amalan yang baik untuk diamalkan pada malam jumaat (khamis malam) dan hari jumaat khususnya iaitu membaca surah Kahfi. Surah ni merupakan  surah yang agak panjang. Ada 110 ayat semuanya..Untuk diri yang punya iman senipis kulit bawang ni, tengok ja surah Kahfi terus alahai, panjangnya..mampu ke nak habis baca..Astaghfirullahalazim...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..kalau boleh habiskan satu novel dalam masa satu hari takkan surah Kahfi pun tak mampu kan? Dapat pahala lagi membacanya... 
Selalunya saya akan spent masa malam Jumaat tu untuk habiskan terus satu surah sebabnya bila baca sekerat-sekerat, jumaat siangnya bila sibuk dengan benda lain saya akan jadi lupa..he,al maklumlah usia dah semakin meningkat kan...Tapi bila fikirkan balik baca dalam keadaan terkejar-kejar apa yang saya dapat...Buat penat baca sampai mengah ibrahnya entah ke mana....
Jadi, saya jumpa perkongsian kat bawah ni daripada facebook Hlovate, nak kongsi kat sini macam mana nk amalkan Kahfi kalau tak mampu nak baca habis terus dalam satu masa..Kita boleh baca sekerat-kerat ikut kisah yang Allah sampaikan dalam surah ni.. In syaa Allah, bila baca macam ni, boleh baca sekali maksudnya..Berganda-ganda pahala sebab kita paham apa isi surahnya...Jom baca..semoga mendapat manfaatnya...

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:"Sesiapa yang membaca surah kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."(HR. Ibnu Katsir)

Kahfi,Kamon [v4.0]
*************************
[Sebahagian besar negara dunia sudah berada dalam zon masa hari Khamis sekarang,betul?Tandanya esok bakal kita sambut Jumaat,betul?InsyaAllah.

Mari kita semua buat prep untuk mulakan rutin Kahfi kita minggu ni sebaik tenggelam matahari Khamis,kamon!]
_________________________________

"Give.Up."

"Kot ye pun..."

"Give up dah...give up give up...GIVE UP!" Muka berkerut serabut,kalah rupa aluminium foil kena renyuk.

"Drama la kau ni,Ipin." Kepala di tetingkap video-chat tu geleng dari tengah skrin PC.

"Bang Long lain la,Bang Long dulu sekolah agama." Muka Ipin makin kelat. "Kira biasa la baca panjang-panjang gini.Orang tak reti dowh."

"Ke situ pulak...." Azri tarik nafas panjang.Budak ni memang drama sungguh.

"No,really.Panjang sangat,okay?Tak larat." Ipin pulak yang tarik nafas panjang. "Tak larat dan tak sempat.Dari hari tu,ni dah masuk berapa minggu dah,memang tak sempat nak habis pun Kahfi tu everytime." Dia renung muka abang sulungnya yang tengah tercampak di Laut Utara Russia tu. "I.Give.Up."

Azri pandang balik muka si bongsu di balik sana dunia yang serabut tu.Dia capai mug kopi.

"Dah la dengan nak SPM bagai..." Tak habis lagi si Ipin mengomel. "Dengan hal duduk Malaysia ni pun dah gaya macam duduk Mexico segala...."

Hampir tersembur kopi ke skrin laptop di depannya.Azri tepuk dada.Kuat.Tersedak aku! "Kau pernah duduk Mexico ke?" Cakap ayat best suka hati dia.

"Dah tiap hari asyik keluar berita orang mati kena bunuh segala macam gaya..." Ipin menyela. "Yang kena tembak,yang kena tikam,yang kena jerut..." Dia sandar badan ke kerusi. "Ucu nak keluar bawak motor pergi sekolah tu pun cuak kot."

Azri letak mug di tangan ke meja."Patut dengan berita ala Tijuana,plus dengan serabut kepala nak SPM tu la yang lagi memang kena habiskan baca Kahfi." Dia senyum segaris.

Ipin angkat kening sebelah.Kedua belah kaki dah dilunjur bawah meja.

"Verse 10."

"Mana hafal." Mata dihala ke siling.Aku ni ni nak habiskan baca pun tak pass-pass lagi.Inikan pulak nak ingat ayat dengan maksud segala.Ada masalah pemahaman abang aku ni.Ipin menggumam sendiri.

"Dah tu...bukak la terjemahannya,bijak." Sejuk sepoi Siberia ayat sarkastik Azri tu.

Badan ditegakkan.Ipin capai Quran terjemahan di atas CPU.Quran Bang Long pun.Dia rembat secara sukarela dan Bang Long lepaskan secara terpaksarela.Kisah apa.Bang Long ada duit boleh beli lain.Aku anak sekolah.Choi!

"Verse 10." Azri mengulang.

Mata berlari di atas naskhah di tangan yang dah terbuka.Jumpa.Ipin pandang Azri di skrin sekilas. ""Remember when the young men fled for refuge.They said; 'Our Lord,bestow on us mercy from Yourself,and facilitate for us our affair in the right way." Dia membaca.Berdetap hati.

"It is a du'a."

Allah Pelindung...
dari bahaya.
Allah pelindung...
dari bahana.
Allah pelindung...
dari cacamerba.
Allah Pelindung...
dari segala.

Baik pistol,baik pisau,baik Tijuana....

"Bukan Bang Long dah pesan ke dulu,bila baca tu baca sekali dengan maksud dia.Kalau dak memang lost la the meaning.Memang la rasa merampus nak habiskan."

Ipin angkat muka pandang skrin PC.Indeed. "Tapi memang panjang sangat,Bang Long.Baca macam tak habis-habis." Dia lepas nafas. "Nak baca maksud segala bagai lagi la tak sempat." Alamat aku baca Bismillah je la tak sudah.

"Kau baca macam mana gaya?" Kening Azri pulak yang terangkat sebelah merenung adiknya tu.

"Baca sekali harung la lepas Subuh Jumaat tu.Tapi tak pernah sempat nak habis pun.Bila dah pergi sekolah masa bilanya pun nak sambung baca?Petang lepas solat Jumaat dah kelas tambahan dengan gerak gempur segala.Sampai rumah dah nak Maghrib kot." Panjang Ipin bentang jadual.

Azri pejam mata,gosok dahi. "Bang Long pun tak sempat la kalau nak kejar habiskan senafas waktu lepas Subuh tu Ucu oi..." Tingkap masa punya la sempit sebelum nak kena berkejar masuk kerja.Dan waktu kerja tak ada celahnya nak dibaca tengah-tengah buat pipe fabrication untuk paip besi 1 tan tu.

"Dah tu...."

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop. "Ayat ada 110,kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir.Aah.110 ayat.Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga,waktu bila?"

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib,kan?Tu kira dah masuk hari Jumaat.Start lepas Maghrib hari Khamis tu,kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31.Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain,nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam.

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu and onwards.Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59.Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82.Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu.Tak ada la semput sangat.Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu.Pap!Dilekat di dinding CPU.

"Kalau kau larat habiskan 110 ayat tu sekali harung Khamis malam tu,lagi la bagus."

Angguk.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat.Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja.Tak berapa jadi makna la,kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah,tak ke?"

Heh. "Jangan bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam,boleh dak?"

Haha.

______________
benar,surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa
cuba untuk cari jalan dan cari masa,ya.
Kahfi kamon,kita? : ]
may Allah bless

Original post 24102013
https://www.facebook.com/hlovatehood/posts/636049479779384

p/s: Hlovate ni merupakan salah seorang penulis novel kegemaran saya..banyak benda saya belajar dan dapat daripada novel-novelnya...In syaa Allah, nanti-nanti saya kongsikan apa kelebihan surah Al Kahfi ni ya dan juga novel-novel Hlovate yang dah saya khatam berulang-ulang kali..=)...last but not least, jom amalkan bersama baca Al kahfi malam jumaat..semoga redha Allah sentiasa bersama kita..amiin