Jumaat, 3 Julai 2015

Masters

Assalamu'alaikum wbt...
Memandangkan esok cuti jadinya malam ni boleh lah nak menaip panjang-panjang sikit di sini..
Malam ni, saya nak kongsikan tentang macam mana saya boleh terfikir untuk sambung belajar lagi.
Niat nak sambung belajar memang dah saya tanam sejak belum habis degree lagi. Nampak tak betapa semangat nya disitu? Hahaha.. Bila dipostingkan saya dapat mengajar subjek Bahasa Inggeris sahaja. Hanya Allah yang tahu betapa tidak berkeyakinannya saya dengan diri sendiri time tu. Saya akui yang Bahasa Inggeris saya tak berapa nak bagus sangat pun apatah lagi bab nak kena communicate tu. Walaupun ada abang guru Bahasa Inggeris sekolah SBP lulusan daripada universiti luar negara lagi tapi itu semua tidak mampu menjamin bagusnya saya dalam berbahasa Inggeris. Jadinya niat nak sambung belajar tu semakin berkobar-kobar. Awalnya saya rancang nak sambung ikut opsyen saya masa degree iaitu Sains tapinya habis dekat di UPSI sahaja. Kalau USM kena tunggu selepas lebih kurang 2 tahun bekerja. Fikir punya fikir dan berbincang dengan mak ayah, mak ayah tak izinkan saya sambung ke UPSI, bimbang nanti penat sangat dok berulang jauh-jauh Perlis-UPSI-Perlis tiap weekend. Jadinya saya decide untuk sambung di UUM sahaja dengan pengkhususan dalam Psikologi Pendidikan. Mula-mulanya sorang-sorang lepas tu hasut punya hasut dapatlah sorang kawan ni nak join sekali. Thank you, awak!!! Sayang ketat2!!!! 


So, langkah awal yang saya ambil ialah bertanyakan kepada orang yang dah ada pengalaman sambung belajar sambil bekerja. Kebetulan bapa saudara (anak tok sedara) yang baru lebih kurang 3 tahun berkhidmat sebagai guru pun tengah sambung master, jadi banyak jugak lah benda maklumat dan nasihat yang saya dapatkan daripada dia. Thank you jugak Pak Tam Amar, atas segala info dan nasihat. Saya doakan urusan dia untuk sambung study ke peringkat PhD dipermudahkan..amiin. Bila dah decide nak ke UUM saya pun mulalah menjadi pengunjung rasmi Portal UUM untuk cek bila intake untuk postgraduate. Then, syarat2 yang diperlukan. Ni laman web yang boleh dikunjungi untuk lihat kursus-kursus yang ditawarkan bagi program postgraduate. 

Ha, yang ini memang kena baca betul2. Selepas tu, saya download borang daripada portal tersebut. Boleh download borang kat sini. .
nak isi online pun boleh. tapi sebab saya dekat saja download borang, isi dan hantar sendiri ke pejabat fakulti.
Oh, sebelum terlupa..sebelum niat nak sambung tu saya pergi jumpa ketua jabatan aka Guru Besar untuk minta izin sambung belajar. Disebabkan time tu saya baru dalam 8 bulan bekerja dan belum disahkan jawatan saya hanya minta keizinan GB, bila dah sah jawatan nanti baru akan buat surat memaklumkan kepada pihak JPN yang saya tengah sambung study. Sterusnya dapatkan sokongan GB dan daripada orang yang tahu tahap pencapaian kita. Dan yang ini saya minta sokongan daripada mentor saya iaitu pensyarah semasa belajar di IPG.  Bila semua borang dah disettlekan, seterusnya buat bayaran melalui online ataupun di bank sebanyak RM100, ini yuran/duit untuk pemprosesan borang kita tu. Tunggu dalam 2 minggu akhirnya baru dapat tahu kita diterima ataupun tak. Selepas itu, barulah isi balik borang yang dapat tu, buat medical check up semua dan bayar yuran.Yurang bagi semester pertama ni RM 2000 lebih. Sebenarnya selepas saya buat survey, yuran UUM ni antara yang termurah lah jugak nak dibandingkan dengan universiti lain. Memandangkan saya sambung secara PJJ dan masih belum layak untuk mohon apa2 biasiswa jadinya segala yuran dan perbelanjaan dikeluarkan daripada duit poket sendiri. Memang kena berjimat cermat. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ye dak? Heh...
Seterusnya, selepas mendaftar pada tarikh yang dimaklumkan dalam surat, bolehlah mendaftar untuk subjek pulak. Untuk semester pertama saya ambik tiga subjek. Niat nak habiskan dalam masa 2 tahun setengah ja. Jadinya, kenalah ambik tiga subjek untuk setiap semester. Mula-mula dulu tak tau pun yang sistem di universiti ni boleh pilih-pilih lecturer yang ok. Add subject then boleh drop kalau rasa tak sesuai. Sebab kat IPG mana ada pilihan macam tu. Lepas add subject kami pun terus konfem...Jadinya kalau apa-apapun tak boleh tukar or drop dah..kena bawak jugak sampai habis. Hahaha..Nasib baik semua lecturers ok..Alhamdulillah... Dan bermulalah kembali perjuangan sebagai seorang pelajar di bumi UUM. Bukan mudah rupanya nak sambung belajar sambil bekerja ni..Banyak benda perlu dikorbankan. Duit, masa, tenaga, memang kena betul-betul kuat. Mak dan ayah dulu bila tahu nak sambung belajar, ayat first ditanya;
"habis tu bila nak kawen?"
"ayah, sapa kata sambung belajaq tak boleh kawen?" 
Soalan dijawab dengan soalan. Hehe... In syaa Allah, jodoh tu kan rahsia Dia, keja Dia, kita hanya mampu usaha dan doa. 
Ok, cukup kot untuk malam ni, In syaa Allah, nanti-nanti akan sambung lagi. Sekarang tengah bercuti sebelum kembali untuk semester kedua bulan September nanti. Semoga perjalanan pengajian master ini berjalan lancar dengan izin-Nya..in syaa Allah..amiin.

Rabu, 1 Julai 2015

Thanks kids!

Assalamua'laikum..
Ramadhan kareem to all!
Already 14 days of fasting, oh how fast time flies...
Semoga madrasah Ramadhan kali ini mampu melahirkan individu yang lebih baik daripada semalam..amiin!!!
Masih sibuk dengan hal sekolah yang rasanya tak berkurang langsung sejak Januari lepas...ada je orang yang nak datang buat pemantauan...huh
It has been 1 year and two months but i'm still adjusting with this teaching field.
Hope that all the ups and downs I've been through make me a stronger person, a better and much better than before.
Thanks kids for always make my day and appreciate me even in little single thing I've done. I'm not a good teacher but I'm trying to become one. May Allah bless all of you always and may success be with you in dunya wa akhirah...in syaa Allah, amiin... I do love all of you, anak-anak syurga!!!!!



p/s: apa yang anda rasa bila tiap2 kali masuk kelas akan dapat notes macam ni? Haha...maklumlah guru muda yang masih bujang lagi ada sorang je kat sekolah tu...Layankan saja...share dekat blog dengan harapan ianya akan jadi kenangan terindah untuk masa akan datang.. =D