Rabu, 22 Januari 2014

Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada

Assalamu'laikum wbt..
Tajuk post sebijik tajuk buku akhi Hilal Asyraf, maaf cilok sekejap.. Sebenarnya bukan nak buat review buku tu hari ni tapi lebih kepada nak berkongsi rasa dengan semua..He, ada ke yang baca post ni, tak pa lah kalau tak ada pun, kongsi dengan blog ni pun dah cukup...

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Mensyukuri nikmat yang diberi terus menerus tanpa henti, dengan mengakui diri ini hanya hamba hidup beribadah dengan rendah hati. Cuma itu yang Allah harapkan setelah pelbagai nikmat Dia beri untuk kita nikmati.

 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.
 (QS Adz Zariyat : 56)

Manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Nya, Rasulullah SAW dan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Hari ini kita buat perkara yang Allah larang, then tersedar, cepat-cepat bertaubat dan azam this is for the last dan tak akan ulang lagi. Tapi, lepas tu, the same thing happen again and again, buat dosa dan bertaubat balik. Ya, saya pernah alami benda ni dan masih alaminya sehingga sekarang. Kadang-kadang saya jadi sangat lemah, Ya Allah, terasa tak kuat untuk pikul semua ni. Terasa malu dan hina sangat diri bila mengaku hamba tapi pandang remeh pada perintah dan larangan-Nya. Ya, malu yang amat sangat. Setelah apa yang Dia beri ini balasannya buat Dia? Bila diri dikawal nafsu dan syaitan, kita jadi tak sedar dengan apa yang sedang kita lakukan.

Betullah, apa yang dah tertulis dalam Al-Quran. Syaitan itu memang sedang berusaha menunaikan janjinya. Kalau Adam dan Hawa berjaya diperdayanya, apatah lagi kita?

"Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"
(Surah Shad:82) 

Itu janjinya di hadapan Allah, setelah diusir daripada syurga. See, syaitan itu sendiri pun sedang tunaikan janji dia pada Allah menunjukkan bahawa dia pun percaya yang Allah itu ada. 

Tapi kasih dan sayangnya Allah pada kita, walau sejahat mana pun kita, sebesar mana dosa yang dah kita buat, dan lepas tu kita bertaubat. Allah akan ampunkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pendosa itu adalah dia yang bertaubat. Setiap kali kita buat dosa satu titik hitam terpalit di hati. Tetapi, in syaa Allah, bila seseorang itu bertaubat, titik hitam tu akan hilang. Cuba bayangkan kalau kita buat dosa berterusan, lama-lama hati akan gelap dilitupi titik hitam itu.

  Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Ampunan Allah itu sangat luas. Mintalah ampun daripada-Nya. Jangan fikir orang yang berdosa akan terus bergelumang dengan dosanya. Usahalah untuk berubah. Kuatlah untuk bangun setiap kali terjatuh. Pandanglah setiap apa yang berlaku sebagai ujian buat diri. Kerana Allah takkan menimpakan sesuatu melainkan sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jadikanlah ujian sebagai penguat iman dalam diri, buat tambah dekat pada Ilahi bukannya pendorong membawa kita ke jalan mati. 

 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"  
  ( Al-Baqarah: 286)

 “Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pendusta.”

(Q.S. al-Ankabut [29]: 2-3)

 Manusia takkan pernah sempurna tapi sebagai manusia yang muslim, kita perlu mengejar kesempurnaan. 
 In order to reach perfection, there's still a room for improvement.

Allah itu dekat dan sentiasa ada. Cumanya, sedekat mana kita dengan Dia? Seusaha mana kita cuba untuk bawa diri dekat dengan-Nya?  Sekuat mana kita saat diuji-Nya? tepuk dada, tanya iman dalam diri. 

Takkan sudah jatuh kita nak ditimpa tangga pulak. Sudah tersedar diri berdosa cepat-cepatlah bertaubat. Allah itu kan Maha Pengampun. Jangan sampai bila pintu taubat dah tertutup, waktu tu menangis air mata darah pun dah tak berguna. Peringatan buat diri saya. In syaa Allah, buat kita pendosa, harapan selalu ada. 

p/s: Dalam mencari keampunan Allah, carilah juga keampunan manusia untuk segala dosa yang telah dilakukan kepada mereka. 

1 ulasan: