Jumaat, 3 Julai 2015

Masters

Assalamu'alaikum wbt...
Memandangkan esok cuti jadinya malam ni boleh lah nak menaip panjang-panjang sikit di sini..
Malam ni, saya nak kongsikan tentang macam mana saya boleh terfikir untuk sambung belajar lagi.
Niat nak sambung belajar memang dah saya tanam sejak belum habis degree lagi. Nampak tak betapa semangat nya disitu? Hahaha.. Bila dipostingkan saya dapat mengajar subjek Bahasa Inggeris sahaja. Hanya Allah yang tahu betapa tidak berkeyakinannya saya dengan diri sendiri time tu. Saya akui yang Bahasa Inggeris saya tak berapa nak bagus sangat pun apatah lagi bab nak kena communicate tu. Walaupun ada abang guru Bahasa Inggeris sekolah SBP lulusan daripada universiti luar negara lagi tapi itu semua tidak mampu menjamin bagusnya saya dalam berbahasa Inggeris. Jadinya niat nak sambung belajar tu semakin berkobar-kobar. Awalnya saya rancang nak sambung ikut opsyen saya masa degree iaitu Sains tapinya habis dekat di UPSI sahaja. Kalau USM kena tunggu selepas lebih kurang 2 tahun bekerja. Fikir punya fikir dan berbincang dengan mak ayah, mak ayah tak izinkan saya sambung ke UPSI, bimbang nanti penat sangat dok berulang jauh-jauh Perlis-UPSI-Perlis tiap weekend. Jadinya saya decide untuk sambung di UUM sahaja dengan pengkhususan dalam Psikologi Pendidikan. Mula-mulanya sorang-sorang lepas tu hasut punya hasut dapatlah sorang kawan ni nak join sekali. Thank you, awak!!! Sayang ketat2!!!! 


So, langkah awal yang saya ambil ialah bertanyakan kepada orang yang dah ada pengalaman sambung belajar sambil bekerja. Kebetulan bapa saudara (anak tok sedara) yang baru lebih kurang 3 tahun berkhidmat sebagai guru pun tengah sambung master, jadi banyak jugak lah benda maklumat dan nasihat yang saya dapatkan daripada dia. Thank you jugak Pak Tam Amar, atas segala info dan nasihat. Saya doakan urusan dia untuk sambung study ke peringkat PhD dipermudahkan..amiin. Bila dah decide nak ke UUM saya pun mulalah menjadi pengunjung rasmi Portal UUM untuk cek bila intake untuk postgraduate. Then, syarat2 yang diperlukan. Ni laman web yang boleh dikunjungi untuk lihat kursus-kursus yang ditawarkan bagi program postgraduate. 

Ha, yang ini memang kena baca betul2. Selepas tu, saya download borang daripada portal tersebut. Boleh download borang kat sini. .
nak isi online pun boleh. tapi sebab saya dekat saja download borang, isi dan hantar sendiri ke pejabat fakulti.
Oh, sebelum terlupa..sebelum niat nak sambung tu saya pergi jumpa ketua jabatan aka Guru Besar untuk minta izin sambung belajar. Disebabkan time tu saya baru dalam 8 bulan bekerja dan belum disahkan jawatan saya hanya minta keizinan GB, bila dah sah jawatan nanti baru akan buat surat memaklumkan kepada pihak JPN yang saya tengah sambung study. Sterusnya dapatkan sokongan GB dan daripada orang yang tahu tahap pencapaian kita. Dan yang ini saya minta sokongan daripada mentor saya iaitu pensyarah semasa belajar di IPG.  Bila semua borang dah disettlekan, seterusnya buat bayaran melalui online ataupun di bank sebanyak RM100, ini yuran/duit untuk pemprosesan borang kita tu. Tunggu dalam 2 minggu akhirnya baru dapat tahu kita diterima ataupun tak. Selepas itu, barulah isi balik borang yang dapat tu, buat medical check up semua dan bayar yuran.Yurang bagi semester pertama ni RM 2000 lebih. Sebenarnya selepas saya buat survey, yuran UUM ni antara yang termurah lah jugak nak dibandingkan dengan universiti lain. Memandangkan saya sambung secara PJJ dan masih belum layak untuk mohon apa2 biasiswa jadinya segala yuran dan perbelanjaan dikeluarkan daripada duit poket sendiri. Memang kena berjimat cermat. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ye dak? Heh...
Seterusnya, selepas mendaftar pada tarikh yang dimaklumkan dalam surat, bolehlah mendaftar untuk subjek pulak. Untuk semester pertama saya ambik tiga subjek. Niat nak habiskan dalam masa 2 tahun setengah ja. Jadinya, kenalah ambik tiga subjek untuk setiap semester. Mula-mula dulu tak tau pun yang sistem di universiti ni boleh pilih-pilih lecturer yang ok. Add subject then boleh drop kalau rasa tak sesuai. Sebab kat IPG mana ada pilihan macam tu. Lepas add subject kami pun terus konfem...Jadinya kalau apa-apapun tak boleh tukar or drop dah..kena bawak jugak sampai habis. Hahaha..Nasib baik semua lecturers ok..Alhamdulillah... Dan bermulalah kembali perjuangan sebagai seorang pelajar di bumi UUM. Bukan mudah rupanya nak sambung belajar sambil bekerja ni..Banyak benda perlu dikorbankan. Duit, masa, tenaga, memang kena betul-betul kuat. Mak dan ayah dulu bila tahu nak sambung belajar, ayat first ditanya;
"habis tu bila nak kawen?"
"ayah, sapa kata sambung belajaq tak boleh kawen?" 
Soalan dijawab dengan soalan. Hehe... In syaa Allah, jodoh tu kan rahsia Dia, keja Dia, kita hanya mampu usaha dan doa. 
Ok, cukup kot untuk malam ni, In syaa Allah, nanti-nanti akan sambung lagi. Sekarang tengah bercuti sebelum kembali untuk semester kedua bulan September nanti. Semoga perjalanan pengajian master ini berjalan lancar dengan izin-Nya..in syaa Allah..amiin.

10 ulasan:

  1. Boleh ke kita nak sambung master sebelum sah jawatan? Dengar kata kalau xdpt kelulusan JPN, nanti sijil master tidak diperakui

    BalasPadam
  2. maaf kerana mengambil masa yang lama untuk reply comment anda. Based on survey yg sy buat tnya kakak2 senior dan kwn2 yang smbung jgk jwpnnya boleh. Ada kawan sy dia mmg pergi minta izin JPN tapi JPN ckp diaorang tak ada hak utk beri keizinan, just minta izin pentadbir sekolah sahaja. Lagipun kita sambung guna duit sendiri dan memang tak menganggu hari persekolahan. tak diperakui dr segi apa tu? kalau untuk kenaikan gaji dan jawatan, memang ya. Tujuan sy sambung mngkn utk future planning dan utk fullfill dream sendiri. Mungkin years to come, mn tahu nk jd lecturer ke, then master tu sgt berguna. Harap menjawab persoalan anda and by the way, thanks on your visit!

    BalasPadam
  3. slm.
    U sambung master dalam bidang apa? OK tak UUm nih? i mean dari segi tenaga pengajar dan environment (library, internet access, penginapan dll)...

    BalasPadam
  4. Salam,
    Saya infinity bertanya kepada saudara,
    Ada juga sy terdengar bahawa kalau xdpt kelulusan JPN, nanti tidak juga layak untuk mohon skim cuti belajar bagi semester seterusnya walaupun kita yeah disahkan jawatan pada 1-2 tahun percubaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. *infinity= ingin (sorry typo)

      Padam
    2. saya sambung belajar sebelum sah jawatan ketika pengajian sarjana, ALhamdulillah sekarang saya dapat HLP KPM untuk PHD, x ada msalah pun sebenarnya

      Padam
  5. Uum mmg yurn murah ..sya nk sngt beljr di uum . skrg sya bljr di umk yurn 1smster mgg mahal . klu org kmampun mcm sya xtau la nk pikir mcm mna . ptptn xckup sekadar byar yuran sahaja ..ibu sya seorg ibu tungal hnya pkerja kantin ..sya minta pindah di uum skrg masih tngu keputusn pihak uum

    BalasPadam
  6. Salam macam mana sy nk contact saudari...sy ingin bertanya psikologi pendidikan di uum

    BalasPadam
  7. haaa saya teringin sambung master di uum tapi tu lah prosedure tu yang tak tahu.. takut jugak tak lepas hahahahha

    BalasPadam
  8. Hai saya nak tanya. Saya sedang sambung master and at the same time saya juga apply spp. Jadi saya nak tanya kalau saya dpt spp and master saya tak habis lagi takpe ke. Boleh ke saya still sambung? Macamana ye kalau mcmtu? Saya sgt buntu so saya harap ada jawapan utk ni. Terima kasih

    BalasPadam