Selasa, 13 Mei 2014

Ceritera Hati Si Guru Baharu

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, baru lepas isikan markah untuk ujian saringan LINUS B.Inggeris anak-anak tahun 2 Bakti. Tiba-tiba terasa terpanggil nak mengupdate blog pula. Semak kertas soalan anak-anak sambil geleng-geleng kepala, senyum dan ketawa sorang-sorang. Mana taknya, macam-macam jawapan diisi. Dah serupa paper ujian B.Melayu pun ada jugak..Huhu..

Risau sebenarnya memikirkan apa yang bakal diorang jawab esok. Oh, lupa minggu ni berlangsungnya UPT (ujian pertengahan tahun). Esoknya paper English. Tipulah kalau cakap tak pikir apa-apa. Risau sangat. Dah tengok soalan kelmarin,dalam hati..haish, macam tak boleh jawab ja budak-budak ni. Agak sukar soalannya untuk anak-anak saya yang hampir sekelas LINUS. Dah lah selama ni saya sibuk mengajar silibus LINUS sahaja, baru disedarkan yang silibus KSSR pun kena ajar jugak. Means ajar separuh-separuh. Kiranya untuk 1 hour lesson, 30 minutes for LINUS and other 30 minutes for KSSR, takpun hari ni ajar LINUS next day ajar KSSR. Mau pening jugak macam tu. Dua-dua nak kena cekau. Dah jadi double pulak bilangan topik yang nak diajar. Mananya dengan nak kawal kelas. Rasa macam dah habis garang time mengajar tapi anak-anak masih tak takut. Ada cikgu yang lebih garang kata mereka. Haha. Itu belum dicerita bab dua kelas lagi tu. Huhu

Tapi hari tu, bila tengok Halaqah di TV 9, saya tak ingat ayat ustaz tu sebijik-sebijik, tapi katanya kalau pergi sekolah, budak-budak baik belaka, tiadalah cabaran. Bila ada cabaran, inilah masa Allah nak beri pahala. Sejauh mana kita hadapi cabaran yang datang tu. Alhamdulillah, sangat terkesan dengan kata-kata ustaz tu, dari mula sampai ke sudah. Memang menyentuh qalbu lah. Ya, bukan mudah menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik. Dengan hanya satu perkara semuanya dapat dicapai dengan mudah. I.K.H.L.A.S. Ya, ikhlas dalam mendidik. Guru itu bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga bertanggungjawab membentuk tingkah laku, melahirkan insan-insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi. Bukan mudah, bahkan sangat payah. Tetapi in syaa Allah, andai tugas dan amanah ini dipikul dengan penuh keikhlasan dan niat semata-mata kerana DIA, segalanya akan dipermudahkan. Saya sendiri sedang tajdid niat. Perlu perbetul balik niat yang semakin terpesong bila dah mula terasa penat dengan apa yang dilalui hari-hari. Baru hampir sebulan lebih bekerja, dah terasa bebannya tugas guru itu. Ya Allah, semoga saya tidak sekali-kali jadi orang yang kufur nikmat. Seusai belajar, terus dapat kerja, dapat pulak posting ke negeri sendiri, duduk dengan mak ayah.. Allahuakbar, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan, Hafizah?

Harapan saya, semoga saya dapat menjadi seorang guru yang mendidik dengan pendekatan kasih sayang. Bukan rotan, pukul, sepak terajang. Nauzubillah, minta dijauhkan daripada semua tu. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan guru-guru di luar sana dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan yang paling penting, agama. Amiin

p/s: Baru sebulan lebih mengajar, saya dah berkira-kira nak sambung master. Dah start buat survey sikit-sikit. In syaa Allah, semoga dipermudahkan urusan saya untuk mencapai impian yang dah tertanam sejak dulu lagi..Hehe, apa-apapun buat masa sekarang, i just want to enjoy my life, be an extraordinary teacher..Hehe, Believe, believe,believe..i believe i can fly, and touch the sky...haha..salam alaik!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan