Rabu, 31 Disember 2014

Bye bye 2014 and welcome 2015

Assalamualaikum wbt..
10.50 p.m..
1 hour and 10 minutes to go..
Welcome 2015 and good bye to 2014..
So, believe it or not this is the last post for this year..
How fast time flies..
Alhamdulillah..
Nikmat demi nikmat yang diberi semoga sentiasa disyukuri..
Grad dengan jayanya dan konvo dan posting perlis dan keje dan dapat gaji dan dapat stay dgn mak dan ayah dan dan dan the list goes..."Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan lagi Hafizah?"


Semoga Allah ampunkan segala dosa semalam dan tinggalkannya di belakang.. Semoga yang baik-baik saja hendaknya di hari depan..Semoga 2015 lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya..In syaa Allah..amiin

p/s: 26 years old..sorry! i just can't believe it...semakin bertambah usia semakin dekat hari bertemu Pencipta..Semoga kita dikumpulkan bersama-sama para solihin..may Jannah be ours..amiin

Ahad, 16 November 2014

Kalau benar cinta biar bawa ke syurga


                                       
Cinta tidak semestinya memiliki,
Tapi, kalau benar cinta harus bawa kau dekat dengan ILAHI,
Walau sebesar manapun cinta manusia yang kau kejar dan ingin miliki,
Tiada yang setanding cinta Dia,
Kerana cinta Dia sudah pasti bawa kau ke syurga,
Cinta manusia belum tentu lagi.
Syurga atau neraka pengakhirannya nanti
Mengharapkan ikatan yang diredhai Allah,
Mengharap ikatan berkekalan sampai ke syurga,
Tapi mulanya lagi sudah diundang murka Allah,
Belum ada ikatan yang sah,
Sudah dipegang erat, dipeluk manja,
Lakunya saja sudah bagai yang halal,
Kadangnya yang halal pun tidak sebegitu rupa,

Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurga,
dan apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya
~Hilal Asyraf~

p/s: Rimas melihat anak-anak muda bercinta zaman sekarang.. Bila si gadis sudah hilang malunya. Kita yang menengok pula rasa malu. Ya Allah semoga diberi hidayah buat mereka untuk berubah. Juga ampunkan aku hanya mampu melihat dari jauh dan berdoa dalam hati. Jauhkan diriku, keturunanku dan insan-insan yang aku sayang serta anak-anak didikku daripada tipu daya dan muslihat syaitan, ya Allah...amiin ...May Allah bless, and may Jannah be ours.

Selasa, 11 November 2014

Jatuh Bangun

                        
 Assalamu'alaikum wbt!
Jatuh.....
Bila awak pernah jatuh dan merasai betapa sakitnya saat itu,
Merasai betapa payahnya untuk bangun bangkit berdiri semula,
Merasai betapa payahnya untuk terus berjalan dengan rasa sakit yang mencengkam,
Merasai betapa seksanya menanti rasa sakit hilang dan luka kembali sembuh,
Menahan rasa hiba saat hanya luka yang hilang tetapi parut masih berbekas,
Bekas yang akan dibawa sampai bila-bila,
Bekas yang kadang-kadang buat awak rasa trauma,
Bimbang akan jatuh lagi buat kali kedua dan ketiga,
Ianya bukan sesuatu yang mudah,
Orang yang tidak pernah jatuh tidak akan pernah merasai betapa payah dan sakitnya untuk bangun semula
Takkan pernah mengerti air mata yang jatuh saat bangunnya dia dari sungkur,
Saatnya langkah sudah mampu diatur,
Orang yang tidak pernah jatuh tidak akan pernah mengerti.

p/s: Walau betapa peritnya kehidupan yang pernah dilalui, yakinlah sinar mentari masih setia menanti. Allah takkan pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya melainkan kita yang sering meninggalkan-Nya. Tepuk dada tanya iman. Jatuh bangun itu perkara biasa. Sama ada kita pilih untuk bangun atau terus tersungkur ke tanah, itu kita yang pilih. Semoga saat jatuh itu buat kita sedar yang Maha Kuat hanya Dia yang dia atas sana. Semoga selepas jatuh kita bangun dan jadi someone much better di sisi Dia dan insan-insan di sekeliling kita Jatuh yang bawa kita lebih dekat pada Dia. Moga Allah redha..amiin
                                                 
                                        

Ahad, 2 November 2014

Bantu

Aku diajar,
Bantu mereka yang perlu,
Sampai kadang aku jadi melulu,
Terima semua,
dan cuba sedaya mampu,
Sebelum aku jawabnya tidak,
Bantu apa yang perlu,
Tidak pernah terlintas di fikir,
Ini bantuan atau bentuk penindasan?
Atau cuba ambil kesempatan?
Atas kesempitan aku,
Yang tidak tahu menolak itu.
Bila sekarang,
Ada yang menegur,
Buat aku rasa ragu,
Fikir betul-betul sebelum hulur,
Selagi aku mampu,
Akanku cuba untuk bantu,
Cuma satu aku pinta darimu,
Cukup untuk hargai aku.

                             
                               




                                   


                                  

p/s: Apabila ada yang menghulurkan bantuan. Usahalah sehabis mampu untuk membantu. Jangan sampai diri pula buntu mana nak memikir kerja orang mana nak memikir kerja sendiri. Dan buat yang dibantu, cukuplah sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasihmu, itu tandanya kau menghargai bantuan yang dihulur. Jangan terlalu bongkak sehingga kau memahalkan harga terima kasihmu. jangan sampai orang yang membantu merasakan dia sebenarnya ditindas, diambil kesempatan atas kelemahan dirinya yang tak pandai mengatakan tidak pada mereka yang menghulurkan bantuan...



Jumaat, 19 September 2014

Dosa Semalam

Kau kata itu dosa,
Kau kata itu yang terakhir,
Takkan kau ulang,
Takkan kau letak diri kau dalam kotor,
Dalam hina yang kau palit sendiri,
Tapi, bila datang si syaitan mencucuk,
Bila datang nafsu menuntut,
Kau pilih untuk turut,
Kau lupa pada Dia,
Kau lupa itu dosa,
Kau lupa janji yang kau pernah tabur,
Kau jadi lupa peritnya dulu,
Dulu saat kau mahu bangun,
Bangun untuk tinggal cerita semalam,
Cerita semalam yang pedih,
Yang buat kau jadi lemah,
Lalu jauh dari Dia,
Kau bangun dan kutip kuat,
Cuba tebalkan iman nipis kulit bawang itu,
Apa kau sudah lupa?
Kau lupa kalau tidak takkan kau ulang dan ulang ia begini?
Ini pesanku yang terakhir,
Jangan kau ulang lagi,
Jangan kau palit hina itu,
Andai kau tekad pilih syurga,
Usah sesekali bawa diri rasa bahangnya neraka,
Pintu taubat sentiasa terbuka,
Antara mahu atau tak sahaja,
Kau pilih....

Nukilan Hafizah Radzak 19092014

p/s: Semoga Allah mengampuni, untuk dosa semalam hari ini dan yang akan datang....amiin

Khamis, 18 September 2014

Coretan Hati Surat Ungu Untuk Nuha

Assalamu'alaikum wbt..
Hari tu mengulang lagi Surat Ungu Untuk Nuha,
Tiba-tiba hati mencoret kata,
Tangan terus bekerja pantas melarikan pena..
Mak cik Raja, kirimkan ini pada Haji Yatim....

Usah dicemburui dia yang telah pergi,
Dia yang pernah tersemat di hati,
Kerana dia hanyalah secebis masa silam,
Yang aku harap tidak akan berulang lagi,
Usah dicemburui masa laluku,
Kerana sudah kukikis dia,
Biar tiada bekas di hati,
Biar punah dan mati segala rasa,
Agar mudah untuk aku isi,
Kau yang sentiasa menanti,
Kau yang sentiasa mengasihi,
Kau yang aku tidak sedari,
Anugerah Dia untuk aku syukuri....

p/s: Sedang membaca karya terbaru Noor Suraya, novelis yang tak pernah sekalipun mengecewakan saya. Cerita yang membuai rasa dan sangat dekat di jiwa. Bukan hanya cerita cinta semata.....

Jumaat, 12 September 2014

Time Passes But Memories Will Always Remain

Hari ini, aku masih disini,
Esok lusa belum tentu lagi,
Mungkin aku akan pergi,
Meninggalkan kau disini,
Membiarkan kau terus menanti dan menanti,
Atau mungkin saja kau yang akan pergi,
Setelah lelah menanti sendiri,
Pergi dari sini untuk kejar apa yang kau impi,
Atau juga pergi untuk cari pengganti,
Mengisi hari-hari yang bakal kau lalui nanti,
Walau siapa dan apa pun yang kau temui,
Moga ianya bawa kau lebih dekat dengan Ilahi,
Dan, andainya aku yang ditakdirkan masih disini,
Atau yang mengambil langkah untuk pergi,
Hanya satu boleh aku janji,
Aku akan sentiasa mengingati,
Engkau yang aku semat dihati,
Engkau yang aku sebut lewat doa hari-hari,
Engkau yang aku panggil teman sejati....

Nukilan Hafizah Radzak 12092014

p/s: Rindu teman-teman sejati. Semakin terpisah mengejar cita-cita. Bertemu, berpisah, bertemu teman baru, semoga yang lama tak terus dilupa, tersemat terpahat kuat dalam hati dan sanubari. Miss all the memories. Counting days to meet my bffs...


Isnin, 25 Ogos 2014

Beri Aku Ruang


                                 
Engkau kira aku ini siapa,
Sama sahaja sepertimu,
Walaupun engkau lebihnya banyak dariku,
Sudah berjalan,
Bahkan berlari,
Sedangkan aku baru bertatih,
Kadang tersadung terus jatuh,
Harusku kutip kuat,
Harusku sematnya erat,
Harusku lawan sesak dan penat,
Untukku terus bangun,
Bukan mudah,
Bahkan kadangnya kurasa amat payah,
Namun,
Apa yang kau lalui,
Sudah aku tempuh,
Sudah aku hadam,
Sudah rasa letih dan perih untuk aku ulang,
Cuma satu pintaku saat ini,
Cukup untuk faham,
Aku juga perlu waktu dan ruang untuk seorang,
Perlu ada waktu dan ruang untuk ku terima maknanya kehidupan,
Takdirnya sudah begitu,
Takdirnya yang menentu,
Alhamdulillah, ku masih punya Dia sepanjang waktu,
Buat tunjuk jalan saat buntu.
Tiada lain ku pinta,
Cukup dengan hanya faham,
Aku juga perlukan ruang.
 ~hafizahradzak 25082014~

p/s:Kadang-kadang manusia jadi lupa yang kesabaran itu juga ada limitnya. Ampunkan aku Ya Allah, Kuatkan aku untuk menghadapi mehnah kehidupan...amiin




Sabtu, 23 Ogos 2014

Hidup & Mati



 


Muda..
Datangnya cuma hanya sekali,
Harus di 'enjoy' sepuas hati,
harus di 'enjoy ' selagi masa belum berhenti,
Selagi tua belum menjengah diri,
Tapi,
Jangan sampai kau jadi lupa,
Yang mati itu datangnya juga cuma sekali,
Datangnya tidak kira waktu dan ketika atau masa engkau peduli,
Alam gelap yang menanti,
Alam selepas dibangunkan nanti yang tak akan lagi terhenti,
Kanan atau kiri,
Syurga atau neraka yang kau cari?
Bahagia atau merana yang kau impi?
Tanya pada diri, tanya pada hati,
Tanya pada dunia,
Apa yang telah kau isi
Bukan bertangguh nanti,
Tanyakan saat ini,
Saat masa belum terhenti,
'Enjoy' bagaimana yang kau nikmati?
'Enjoy menjauhi,
Atau 'enjoy' yang mendekati?
Dia, ya Dia yang kau panggil Ilahi,
Saat masa belum terhenti,
Berlarilah untuk mendekati,
Walau kau harus jatuh berkali-kali,
Jangan pernah  lelah untuk terus bangun dan berdiri,
Cubalah apa jua cara yang engkau mampu untuk mendekati,
Dia yang amat menyayangi,
Dia yang maha mengampuni,
Semoga masih ada masa untuk memberi yang terbaik buat diri,
Sebelum mati datang menjemput engkau kembali.
~hafizahradzak 23082014~

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,
“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari”


p/s: semoga Allah mengampuni dosa silam semalam. Semoga Allah kuatkan kaki untuk terus melangkah menuju jalan Syurga yang teramat indah di depan sana. Hidup cuma sekali, mati juga cuma sekali. Tetapi bekal untuk hidup selepas mati harus dikutip siap-siap semasa hidup di dunia ini. Apa yang dikutip itu penentu bagaimana kehidupanmu di sana nanti. Semoga yang baik-baik sahaja hendaknya. May Allah bless us, may Jannah be ours. amiin.. Salam Alaik!

Sabtu, 16 Ogos 2014

Pesan Pada Diri, Pesan Pada Hati

Wahai teman,
pesan pada diri, pesan pada hati..
Usah terlalu gembira...
Menghirup bahagia atas derita yang lain..

              .

p/s: Lain kali, pesan pada hati hari-hari, jangan lembut tak bertempat. Andai tercucuk nanti sakitnya amat sangat. Hadapi dengan senyum, dugaan hidup~~~~

               

Khamis, 7 Ogos 2014

Ceritera Guru Baharu: Couple

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah untuk hari ini, terasa-rasa nikmat yang diberi.Observation berjalan lancar sahaja, no negative comments.. alhamdulillah..Buat diri lebih bermotivasi untuk sentiasa memberikan yang terbaik di hari depan..
Terlalu banyak benda yang hendak diceritakan di blog ini..Tapi kali ini nak cerita tentang apa yang berlaku di kelas 3 Amal tadi. Untuk aktiviti hari ni saya minta murid-murid untuk act out the dialogues. Jadinya saya buat secara berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan. Bila tiba giliran si A dan si F ni, bukan main lagi yang lain bersorak. And, i heard the word 'couple' from their mouth. Oh, pandainya budak-budak ni baru darjah 3 dah bercouple. And then, they started namakan kawan-kawan diaorang yang bercouple. And automatically i said to them, " buat apa nak bercouple bagai sekarang ni, sekarang ni fokus belajar dulu, nanti-nanti dah masuk universiti baru cari." But then, i reliased what i had said.

Oh, no! Couple is HARAM. Apa yang terkeluar dari mulut saya mungkin buat mereka faham yang nanti-nanti dah masuk universiti boleh couple, dah tak salah.Haila, perlu diperbetulkan balik statement saya pada mereka esok. Perlu diterangkan balik apa maksud couple sebenarnya, dan juga tentang halal haram hubungan lelaki dan perempuan, tentang cinta.

Kadang-kadang rasa macam mereka terlalu muda untuk semua tu. Tapi time saya seusia mereka pun benda-benda macam ni dah berlaku. Jadi tak pelik bila budak pra sekolah sekarang pun dah pandai bercakap pasal couple dan kahwin. Masih diingatan kisah 16 tahun dulu, sewaktu saya seusia mereka. Ada sehari tu, kelas saya diceroboh. Habis dinding ada cop tapak kasut. Banyak bukan sikit. Kertas-kertas berterabur di lantai. Meja kerusi tunggang langgang. Dan apa yang paling mengejutkan saya, ada nota tertulis; 'fizah aku punya' kat bawah meja saya. Hahaha. Moment yang tak mungkin saya lupa sebab itulah kali pertama dan mungkin juga terakhir saya dapat note yang macam tu..kehkehkeh. Even sampai dah besar pun, ayah dan abang masih ingat tentang ayat tu dan selalu jadikan point untuk usik-usik, sakat-sakat. Dan sampai sekarang pun, si penulis dan pengirimnya masih misteri tak dapat dikesan...Hahah, boleh senyum dan ketawa sorang-sorang bila pikir pasal benda ni.. Sabor jelah.
Kanak-kanak zaman sekarang sangat-sangat terdedah dengan benda-benda macam ni. Yang berlaku di depan mata, yang ditonton di televisyen lagi. Kartun-kartun sekarang pun dah kena pandai pilih nak bagi budak tengok. Couple ni macam dah jadi benda biasa, benda sangat popular yang dah serupa kena mesti ada jugak tak boleh kalau tak. Kau kolot lah, tak laku lah, tak da orang berkenan lah kalau x ada gf @ bf. Pegang-pegang lelaki dan perempuan pun dah jadi benda biasa. Cara berfikir budak-budak zaman sekarang amat-amat merisaukan. Huh, Itu belum lagi masuk bab ayat-ayat lucah yang keluar dari mulut mereka. Istighfar panjang cikgu yang mendengarnya. Siapa yang hendak dipersalahkan sekarang?

 
Kalau elok benda yang di scan, eloklah hasilnya. Jadi, tugas siapa untuk menjadi model yang baik kalau tak kita golongan dewasa.  
Mungkin perlu diingatkan mereka dengan ini. 
 

Dan ini adalah solution yang terbaik tapi buat masa sekarang ni untuk cikgu diaorang lah bukan budak-budak tu. hehe, ok bye..Salam alaik

p/s: Alhamdulillah, sampai sekarang Allah masih pelihara diri ini daripada semua benda tu. Semoga Allah memelihara juga anak-anak syurga itu. Semoga diberi kesabaran dalam mendidik mereka menjadi yang terbaik bukan sahaja di mata insan tetapi yang terbaik di mata Dia Yang Menciptakan...Amiin....


Rabu, 6 Ogos 2014

random

Assalamu'alaikum wbt...
Rindunya dgn blog ni..
Alhamdulillah,sempat jgk nak menjenguk sekejap..
Macam-macam benda dah berlaku..
In syaa Allah akan cari masa untuk menaip panjang-panjang nt..
Esok, mr Frank dtg,semoga baik2 sahaja hendaknya esok..amiin

P/s: jenuh menepis soalan2 yg kluar dr mulut sedara mara, tmbhan lg bla time kenduri kawen kwn sepermainan sejak dr kecik kt depan rumah...hehe,mak pun dah mula risau anak dara dia memilih sangat,hehe..time2 ni rindu, awak, awak,awak dan awak....ok, dah janji kan?jd tepati..hehe

Ahad, 8 Jun 2014

random


P/s: thanks awak for the reminder. Alhamdulillah,ikrar sudah dilafaz,janji sudah dibuat,kita ke stage taat setia..hehe...kebergantungan itu selayaknya hanya kepada Dia sepenuhnya...

Selasa, 3 Jun 2014

Sakit Kifarah Dosa

Assalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah, dapat jugak jenguk blog ni akhirnya,
Baru lepas makan ubat dan tengah tunggu mata untuk lelap dan terlena..
Alhamdulillah,Allah beri peluang dan ruang utk hapuskan dosa-dosa kecil semalam..
DIA beri kesakitan agar diri ini tidak terus leka dan lalai dgn nikmat dunia yg sentiasa mencengkam....
Semoga hari mendatang hidup penuh dgn mensyukuri segala nikmat dari-Nya..
Ingat 5 perkara sebelum yg 5...
Lapang sebelum sempit,
Kaya sebelum miskin,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Hidup sebelum mati

P/s:bila bagitahu org demam lps blk knduri kawen kawan, semua pakat kata, demam risau tgk kwn2 hbs semua dh berpasang-pasangan kot...hahaha,ada sikit kot, tp tak de lah sampai terdemam-demam kan....wlaubgaimanapun, alhamdulillah, gembira dan bahagia tgk kwn2 bahagia..cukup hanya yakin dgn kun fayakun Allah,saatnya akan tiba...in syaa Allah, tidak di dunia,akhirat sana masih ada...:)

Selasa, 13 Mei 2014

Ceritera Hati Si Guru Baharu

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, baru lepas isikan markah untuk ujian saringan LINUS B.Inggeris anak-anak tahun 2 Bakti. Tiba-tiba terasa terpanggil nak mengupdate blog pula. Semak kertas soalan anak-anak sambil geleng-geleng kepala, senyum dan ketawa sorang-sorang. Mana taknya, macam-macam jawapan diisi. Dah serupa paper ujian B.Melayu pun ada jugak..Huhu..

Risau sebenarnya memikirkan apa yang bakal diorang jawab esok. Oh, lupa minggu ni berlangsungnya UPT (ujian pertengahan tahun). Esoknya paper English. Tipulah kalau cakap tak pikir apa-apa. Risau sangat. Dah tengok soalan kelmarin,dalam hati..haish, macam tak boleh jawab ja budak-budak ni. Agak sukar soalannya untuk anak-anak saya yang hampir sekelas LINUS. Dah lah selama ni saya sibuk mengajar silibus LINUS sahaja, baru disedarkan yang silibus KSSR pun kena ajar jugak. Means ajar separuh-separuh. Kiranya untuk 1 hour lesson, 30 minutes for LINUS and other 30 minutes for KSSR, takpun hari ni ajar LINUS next day ajar KSSR. Mau pening jugak macam tu. Dua-dua nak kena cekau. Dah jadi double pulak bilangan topik yang nak diajar. Mananya dengan nak kawal kelas. Rasa macam dah habis garang time mengajar tapi anak-anak masih tak takut. Ada cikgu yang lebih garang kata mereka. Haha. Itu belum dicerita bab dua kelas lagi tu. Huhu

Tapi hari tu, bila tengok Halaqah di TV 9, saya tak ingat ayat ustaz tu sebijik-sebijik, tapi katanya kalau pergi sekolah, budak-budak baik belaka, tiadalah cabaran. Bila ada cabaran, inilah masa Allah nak beri pahala. Sejauh mana kita hadapi cabaran yang datang tu. Alhamdulillah, sangat terkesan dengan kata-kata ustaz tu, dari mula sampai ke sudah. Memang menyentuh qalbu lah. Ya, bukan mudah menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik. Dengan hanya satu perkara semuanya dapat dicapai dengan mudah. I.K.H.L.A.S. Ya, ikhlas dalam mendidik. Guru itu bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga bertanggungjawab membentuk tingkah laku, melahirkan insan-insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi. Bukan mudah, bahkan sangat payah. Tetapi in syaa Allah, andai tugas dan amanah ini dipikul dengan penuh keikhlasan dan niat semata-mata kerana DIA, segalanya akan dipermudahkan. Saya sendiri sedang tajdid niat. Perlu perbetul balik niat yang semakin terpesong bila dah mula terasa penat dengan apa yang dilalui hari-hari. Baru hampir sebulan lebih bekerja, dah terasa bebannya tugas guru itu. Ya Allah, semoga saya tidak sekali-kali jadi orang yang kufur nikmat. Seusai belajar, terus dapat kerja, dapat pulak posting ke negeri sendiri, duduk dengan mak ayah.. Allahuakbar, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan, Hafizah?

Harapan saya, semoga saya dapat menjadi seorang guru yang mendidik dengan pendekatan kasih sayang. Bukan rotan, pukul, sepak terajang. Nauzubillah, minta dijauhkan daripada semua tu. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan guru-guru di luar sana dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan yang paling penting, agama. Amiin

p/s: Baru sebulan lebih mengajar, saya dah berkira-kira nak sambung master. Dah start buat survey sikit-sikit. In syaa Allah, semoga dipermudahkan urusan saya untuk mencapai impian yang dah tertanam sejak dulu lagi..Hehe, apa-apapun buat masa sekarang, i just want to enjoy my life, be an extraordinary teacher..Hehe, Believe, believe,believe..i believe i can fly, and touch the sky...haha..salam alaik!!!!

Sabtu, 10 Mei 2014

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu




Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, bertemu lagi tuan blog dengan blognya hari ini..
Memandangkan esok cuti jadinya dapatlah menaip panjang-panjang sikit hari ni..
Untuk post kali ni, saya nak berkongsi tentang sebuah buku rentetan perjalanan hidup seorang ustaz yang dikenali ramai pada hari ini, ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini adalah buku yang ke-6 tulisan beliau yang saya baca. Alhamdulillah, penulisannya dekat di hati dan belum pernah sekalipun mengecewakan saya. Saya ambil masa yang agak lama untuk mendapatkan buku ni. Berulang-ulang kali masuk popular di shopping mall Penang, akhirnya keluar dengan tangan kosong. Bila jumpa, kewangan pulak tak berapa mengizinkan. Akhirnya dapat juga beli. Jumpa buku ni di MPH Mid Valley tahun lepas. See, punya lah jauh.

Buku yang saya maksudkan ialah "Di Hamparan Shamrock Ku seru nama-Mu. 
                                                    

 Ini hah bukunya

Mula-mula ingatkan shamrock tu nama tempat. Rupanya shamrock tu tumbuhan yang ada tiga bentuk heart tu. Shamrock ni dikenali sebagai simbol negara Ireland. 

                             

Alhamdulillah, buku ini menceritakan tentang rentetan perjalanan hidup ustaz Hasrizal yang membawa kepada siapa beliau pada hari ini. Kita selalu melihat orang yang berjaya, mengagumi mereka dan bermimpi untuk menjadi seperti mereka. Tetapi, di sebalik kejayaan itu, pasti ada realiti ngeri yang pernah dialami. Jatuh dan sakit, sebelum bangun dengan sebuah keyakinan yang pasti. Buku ini adalah tentang rentetan kisah air mata, derita, susah dan payahnya perjalanan seorang hamba Allah yang harus akur dengan setiap liku hidup-Nya. Menjalani kehidupan nun jauh daripada insan-insan tersayang. Menempuh ujian hidup keseorangan. Bukan mudah untuk menceritakan kisah perit hidup yang dialami. Bimbang malu diketahui orang. Tetapi inilah realiti sebuah kehidupan. Takkan mampu untuk kita nikmati betapa manisnya syurga andai kita belum merasa pahitnya jalan mujahadah dan jalan menuju syurga itu. Ujian Allah datang tanpa diduga, tanpa mengira siapa, tanpa mengira kita bersedia ataupun tidak. Ujian Allah itu datang untuk menjadikan kita lebih kuat ataupun terus jatuh tersungkur lemah. Bergantung kepada bagaimana kita melihat setiap ujian yang datang.  Bersangka baik dengan Allah setiap masa kerana pasti ada hikmah disebalik ujian melanda. Allah tidak menguji sesuatu di luar kemampuan kita.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"    
 ( Al-Baqarah: 286)

 Buku ini juga ada menceritakan kisah-kisah bagaimana seseorang non muslim memeluk Islam. Betullah apa yang dikata, orang yang memeluk Islam kerana hidayah Allah dan atas usaha yang dilakukan untuk mendekati Islam itu lebih menghargai Islam itu berbanding orang yang Islam melalui keturunan. Kisah yang sangat terkesan di hati. Baca sambil lihat balik diri. Apa yang bestnya buku ni, ada gambar berwarna yang diselitkan. Jadi pembacaan tu jadi lebih feelnya..Saya tak pandai nak ulas panjang-panjang sebabnya dah lama baca, just kongsikan apa yang masih diingatan. Nak kena reread blk2 bila2 free nanti. 

Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri,
Mimpi ngeri yang pada mengenangnya,
kita boleh terbangun pada tengah malam,
berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas,
dan malu untuk ia diketahui orang.

Dia tidak terkecuali.

Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap,
Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan.

Keyakinan untuk jujur pada diri

akur kepada liku-liku skrip kehidupan, 
yang menyampaikan ustaz ini kepada mana dia berada,
pada hari ini.

Dengan linangan air mata, dia ucapkan,
"Alhamdulillah...Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu!"

Ayat wajib tiap-tiap post bedah buku. Belilah dan bacalah, saya pasti anda takkan rugi. Free boleh jgk jenguk blog ustaz Hasrizal. Saifulislam.com. Linknya ada dlm senarai Santapan Rohani di sebelah. Klik ja.

p/s: Tak sabar nak membedah "Ulu Yam di Liverpool" pulak..sejak-sejak kerja ni, dah susah nak mencari masa membaca buku-buku kesukaan. Belek buku teks, scheme of work dan lesson plan hari - hari  =)




Khamis, 8 Mei 2014

Jodoh Berdua

Sentiasa dalam doaku,
Menyimpan rasa ingin bertemu,
Insan yang masih rahsia,
dan teristimewa .......
Lalalala~~~~~

Assalamua'laikum wbt,
Tengah prepare teaching aids untuk lesson esok..
Sambil dengar-dengar lagu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz  Hamidon,
Dah lama dok dengar kat IKIM,
Rasa macam best, cari, download, boleh dengar hari-hari...
Okey, sekian untuk hari ini..
Salam Alaik!

p/s: Minggu lepas dah selesai diobserve untuk kali pertama oleh Mr Frank dari Native Speaker Programme, ceritera esok pula, bakal diobserve oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris pula...Dah serupa kembali ke zaman praktikum...hew~~~saya guru baru, may Allah ease everything...try your best, do your best and then let Allah decide the rest =) Allahumma yassir walatu'assir

Rabu, 30 April 2014

Selamat Hari Pekerja




Assalamu'alaikum wbt..
Selamat Hari Pekerja buat semua yang berkerjaya..
Alhamdulillah, kali pertama merasai betapa nikmatnya cuti hari pekerja ini.. =)

p/s: Cuti dari ke sekolah, tapi kerja-kerja sekolah sudah diangkut pulang ke rumah...hew, guru baru, baru belajar berjalan..^^

Jumaat, 25 April 2014

Let bygones be bygones






Tak mungkin ku biar sejarah berulang lagi,
Sudah ku rasai sakitnya,
Sudah kuteguk hikmahnya,
Untuk meneruskan perjalanan ke depan,
Aku pilih berhati-hati,
Hati-hati menjaga diri, hati-hati menjaga hati,
Jangan dibiar berulang lagi,
Bimbang menyesal bawa ke mati,
Cukuplah ku yakin takdir Ilahi,
Senyum, terima dengan rela dan redha dalam hati,
Yakin, segalanya adalah yang terbaik buat diri.

Let bygones be  bygones,
keep moving forward,
Struggle for a better future,
May Allah bless and may Jannah be ours, in syaa Allah, amiin..

p/s: Kesilapan masa silam bukan untuk dikenang sepanjang zaman, tapi jadikan ia peringatan dan sempadan buat diri untuk terus melangkah maju ke hadapan.

Ahad, 20 April 2014

Kegagalan & Kejayaan

Assalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah, dah menginjak ke minggu keempat esok.
Masih terasa sukar memikul amanah dan tanggungjawab ini..
Masih terasa terkapai-kapai keseorangan, bernafas macam tak cukup oksigen, tidur tapi tak lelap lena,
Masih mengharapkan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman.
Masih cuba menyesuaikan diri, mencari teknik dan pendekatan yang terbaik buat mereka, anak-anak didik yang masih berhingus yang sudah dekat di hati.
Mengharap pertolongan Allah tiap detik dan saat.

Kadang di atas, kadang di bawah.
Semuanya ujian, buat tambah kuat hati dan diri.
Mengimbau kegagalan demi kegagalan yang pernah dihadapi.
Melihat kembali rahmat Allah dan kejayaan yang dihirup selepas itu.
Cukuplah Allah bagiku, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri.

Dulu, jauh ketinggalan bila result UPSR tak sehebat mereka yang sedarah,
Tak mampu menjadi anak mak dan ayah yang terakhir ke sekolah berasrama penuh,
Masuk ke SMKAP dengan status sebagai second intake selepas buat rayuan.
Sekali lagi result PMR adalah yang terendah dalam kalangan mereka.
Alhamdulillah, Allah masih sayang dan Maha Mengetahui apa kemahuan hati
Masih berpeluang belajar di kelas Sains Tulen idaman hati.
Dan kemudian meninggalkan SMKAP dengan sesuatu yang sukar untuk dipercayai itu yang telah kukecapi.
Alhamdulillah, beri peluang mak ayah rasa bangga dengan diri, naik pentas terima Anugerah sebagai pengganti diri.

Walaubagaimanapun, sekali lagi Allah ingin menguji.
Dengan result 10 A itu, gagal menempatkan ku di mana-mana universiti.
Mungkin sebab tidak pandai mencari peluang untuk diri.
Pastinya ini juga kehendak Ilahi buat diri,
Melalui kehidupan matrik bagai orang yang tak mampu terima takdir Ilahi.
Tiap hari cari peluang untuk escape diri daripada apa yang ditempuhi saat itu.
Semester kedua, baru tersedar.
Cuba untuk bangun gigih berusaha, namun semuanya seakan sudah terlambat.
Walaupun result sem tersebut, alhamdulillah, memuaskan hati.
Namun, untuk meneruskan cita-cita dan impian di hati, aku pilih untuk kuburkan saja dalam hati.

Ku pilih untuk bangun lagi sekali, antara UNIMAP dan IPG KPP
Ku pilih untuk ke IPG.
Walaupun sudah kerugian satu tahun, tapi ternyata di situ ku tidak bersendirian.
Punya teman-teman yang pernah lalui nasib yang sama.
Alhamdulillah, bumi IPG banyak mengajar  erti syukur, tabah, sabar dan terima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.
Belajar menjadi insan yang lebih baik di sisi Dia.
Belajar untuk menyakini, Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-hamba yang Dia ciptakan.
Sekali lagi bumi IPG ku tinggal membawa bersama kejayaan terindah sebagai penerima Anugerah Pengarah 2013.
Buat mak dan ayah, semuanya untuk kalian.

Dan hari ini, sekali lagi Allah ingin menguji.
Agar diri ini tidak lalai dan terus alpa dengan kesenangan yang diperoleh,
Agar diri ini sentiasa berusaha dan berusaha untuk jadi yang terbaik.
Agar diri ini sentiasa meletakkan sepenuhnya kebergantungan kepada Dia.
Kalau dulu, diri ini mampu bangun, kenapa tidak hari ini?
Hafizah, never, never, never give up!
The beginning is always the hardest.
I wanna try my best, do may best, and get the best for my future.
Ya Allah, ease everything and bless me.

Dalam hidup ni, bukan semua orang dilahirkan sedia pandai. Tetapi yang membezakan antara yang berjaya atau tidak ialah sejauh mana kemahuan hati dan sekuat mana usaha yang dilakukan.  Saya mahu menjadi orang yang  berjaya, punya suami dan anak yang berjaya dan in syaa Allah, cucu cicit piut yang berjaya. Tetapi kejayaan itu bukanlah di dunia semata biarlah samapai ke akhirat sana. Berjaya ke syurga tanpa perlu tersesat ke mana-mana.

p/s: Dulu-dulu nak jadi doktor, nak ikut jejak kakak, dan itu juga keinginan mak dan ayah.  Tapi Allah tahu diri tak mampu dan Dia ganti dengan apa yang lebih baik.  Walaubagaimanapun, saat impian untuk menjadi doktor tu dikuburkan. Saya ganti dengan impian baru. In syaa Allah, akan berusaha belajar sampai ke peringkat PhD. Dr Nur Hafizah Abd Radzak, waits for me.. =) (Panjang pula post kali ini, mencari semangat untuk terus bangun dan memandang setiap yang berlaku dari sudut positif)

Rabu, 16 April 2014

Wordless Wednesday =)




Hidup ini bukan hanya saya dan awak..
Tetapi..
Ada juga Dia, dia dan mereka...

p/s: Dipilih, memilih dan terpilih..saya hanya mahu menjadi dia yang beruntung itu.. =)

Ahad, 13 April 2014

Posting

Assalamu'alaikum wbt....
Fuh, akhirnya dapat jugak jenguk blog ni..
Kesian dia, dah lama di anak tirikan...
Alhamdulillah, dah tamat tempoh menanam anggur di rumah...
Allah makbulkan doa mak dan ayah di postingkan ke negeri sendiri, Perlis..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Semoga ini yang terbaik yang diberikan oleh Dia, sebaik-baik Pemberi Tempat...
Sudah mula menggalas tugas sebagai seorang guru, guru Bahasa Inggeris..
Walaupun tak dapat mengajar subjek opsyen namun rasa macam kufur nikmat pulak kalau merungut...
Tiap-tiap hari pesan pada diri...
Hafizah, jangan sesekali jadi hamba yang tak tahu nak bersyukur....
In syaa Allah cuba menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin..
He knows best, and i know, He knows what is the best for me..
Semoga terus kuat dan tabah...

p/s: walaupun gembira dipostingkan ke negeri sendiri tetapi bila mengenangkan sahabat-sahabat nun jauh di negeri orang, jujur, hati sebak dan sayu...semoga dikuatkan hati mereka di sana Ya Allah..ikhlaskan kami dalam memikul amanah dan tanggungjawab ini...amiin

Rabu, 12 Mac 2014

MH370 & Ujian Allah

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang menghirup udara milik Allah di atas muka bumi ini.
Segala puji-pujian hanya selayaknya kembali kepada Dia.
Menanti kepulangan MH370 dengan harapan, doa dan tawakal.
Sesungguhnya tidak berlaku sesuatu melainkan dengan kehendak-Nya..
Allah betul-betul merindui hamba-hamba-Nya.
Saat kita mungkin sudah terlalu jauh daripada Dia dan hanya dengan ujian dapat membawa kita kembali kepada Dia dengan penuh rasa rendah diri dengan tangis dalam setiap sujud dan doa yang dipohon saat ini. 
Saat kita menjadi sangat risau memikirkan ke mana menghilangnya MH370 terputus hubungan terus tanpa dapat dikesan, mungkin Allah mahu ingatkan kita yang kita tidak pernah serisau ini saat memutuskan hubungan dengan-Nya. 
Allah, Allah, Allah...
Tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasaMu, Ya Allah..
Kembalikan MH370 kepada kami, Ya Rahman Ya Rahim...
Dan kelak, andai Engkau temukan kami kembali dengannya..
Jangan biarkan kami kembali kepada kami yang dulu.
Biarlah kami terus istiqamah tunduk dan sujud dengan penuh pengharapan dan kusyuk kepadamu..
Biarlah kami terus erat dengan silaturrahim ini..
Andai hari ini, kami memenuhi masjid untuk solat hajat berjemaah, jadikanlah kami insan yang terus istiqamah berjemaah untuk setiap solat waktu..
Andai hari ini, setiap hari bibir mengucapkan namamu Allah, Allah, Allah, mengagumi kekuasaan-Mu, Subhanallah, merendah diri tunduk sujud kepada-Mu tiap-tiap hari siang dan malam, berdoa dalam tangis dan pujuk rayu, mengakui segala dosa dan kekerdilan diri, menyerahkan segalanya hanya kepada-Mu
Ya Allah, andai saat itu tiba, saat Engkau makbulkan doa kami nanti dan merungkaikan misteri kehilangan ini, aku mohon dengan-Mu, jangan jadikan kami lupa dan kembali meninggalkan-Mu Ya Allah..amiin, amiin,amiin...Tiada Tuhan yang disembah melainkan-Mu, Engkau yang menciptakan kami dan hanya pada-Mu kami akan dikembalikan.


Musibah itu boleh jadi adalah peringatan Allah SWT kepada kita.

Boleh jadi ianya adalah peluang yang Allah beri untuk kita meningkatkan keimanan kita.

Boleh jadi ianya adalah balasan atas kesilapan kita.

Pendek kata, bila musibah menimpa, pertama sekali pandanglah keadaan diri kita, bersangka baiklah kepada Allah SWT.

Hilal Asyraf
 "Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Surah Al-Baqarah: 186)


p/s: Dah beberapa hari sukar nak lelapkan mata. Memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat MH370 dan isinya. Allah, Allah, Allah...kadang-kadang dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang kita jadi lupa kepada kekuasaan Dia. Apa yg ditulis sebagai peringatan buat diri yang hina lagi lemah ini. Salam Alaik. May Allah bless all of us. May Jannah be ours..amiin

Khamis, 6 Mac 2014

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, masih diberi ruang dan waktu untuk menjenguk blog ni. Kembali untuk menunaikan janji. Short post ja untuk hari ni. Badan tak berapa nak sihat. Di kampung musim orang putar tanah bendang sekarang. Habuk debu sana sini. Mop lantai pagi, nanti petang nak kena mop balik. Tapak kaki pun hitam je memanjang. ok, tak nak mengomel panjang.

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)
2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.
3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan
diampuni dosanya antara dua jumaat
4) Terjaga dari fitnah kejahatan (ujian) Dajjal

Kahfi yok, bagi mereka yang belum. Semoga sama-sama mendapat redha Allah.amiin

p/s: Dah menginjak ke bulan ketiga bagi tahun 2014. Dah nak masuk 4 bulan menanam anggur. Sekian. Wassalam..

Sabtu, 8 Februari 2014

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, dah menginjak ke bulan kedua tahun 2014. Terasa cepatnya masa berlalu. Dah hampir 3 bulan menanam anggur, hehehe...

Hari ni nak buat review tentang novel Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya. Maaf ya, saya peminat tegar Noor Suraya dan dalam proses mengumpul hasil penulisannya yang dulu-dulu. Saya suka gaya bahasanya, setting tempat yang diceritakan dengan teliti buat kita rasa seperti kita disitu. Bagi Panggil Aku Dahlia, latar belakangnya bertempat di Tanah Tinggi Cameron. 
                                               


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu itu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya.
Keadaan kian surut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sabagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Serba sedikit sinopsis novel ini. Sangat menarik dan padat dengan mesej buat saya tak dapat nak berhenti daripada membacanya...hehe, bila stop sekejap untuk buat benda lain, mesti rasa tak sabar-sabar nak sambung baca balik tapi dalam masa yang sama rasa macam tak nak bagi habis cepat-cepat..

Mengisahkan tentang ketabahan seorang gadis yang bernama Putri Dahlia Megat Qais yang terpaksa pulang menyelamatkan Teh Timor milik keluarga turun temurun. Di samping itu novel ini juga memaparkan kisah bagaimana jadinya apabila kita mengabaikan perintah Allah SWT. Dahlia dan Wadi sama. Kedua-duanya dibesarkan dalam keluarga yang punya pegangan Islam yang sangat longgar. Solat ditinggalkan, hidup sudah seperti orang yang tidak pernah kenal erti syahadah. Tapi alhamdulillah, dihantar ke Australia untuk tinggal bersama ibu saudaranya buat Dahlia mula belajar menjadi seorang islam yang mengamalkan keislamannya. Kepulangan Dahlia ke Malaysia bukan sahaja merungkai misteri kematian ibunya tetapi telah berjaya membawa ayahnya kembali sujud kepada Dia. Novel ini juga memaparkan bagaimana kuatnya Dahlia berpegang kepada prinsip hidupnya terutama dalam mencari pasangan hidup. Jujur dalam hatinya hanya ada Wadi Hannan, tapi sayang diri itu tidak mampu untuk dia terima. Berbelas tahun Dahlia menanti untuk Wadi berubah dan saya yakin pastinya dia tidak pernah menyesal. 

" Saya ingin menumpang bahtera yang saya yakin nahkodanya nanti akan mampu membawa saya menemui Dia tanpa sesat ke mana-mana." Dahlia


Ketahui kesudahan novel ini dengan membeli or meminjam dan membacanya sendiri. In syaa Allah, anda juga tidak akan menyesal. Selamat membaca!!

p/s: Kebanyakan novel Noor Suraya, watak utama si gadis mesti yang tak atau kurang cantik tetapi akhirnya berjaya juga mendapatkan cinta sejatinya. Cantik itu sangat subjektif. Bukan yang cantik rupa sahaja yang layak untuk dicintai dan yang buruk rupa ditolak tepi? Sedangkan Allah pun tidak melihat rupa untuk kita ke syurga kan...Last but not least, thanks soooooo much buat yang membeli dan memberikan novel ni kepada saya, hadiah besday katanya...hihi, tak menyesalkan? Berbaloi ja....


Rabu, 22 Januari 2014

Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada

Assalamu'laikum wbt..
Tajuk post sebijik tajuk buku akhi Hilal Asyraf, maaf cilok sekejap.. Sebenarnya bukan nak buat review buku tu hari ni tapi lebih kepada nak berkongsi rasa dengan semua..He, ada ke yang baca post ni, tak pa lah kalau tak ada pun, kongsi dengan blog ni pun dah cukup...

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Mensyukuri nikmat yang diberi terus menerus tanpa henti, dengan mengakui diri ini hanya hamba hidup beribadah dengan rendah hati. Cuma itu yang Allah harapkan setelah pelbagai nikmat Dia beri untuk kita nikmati.

 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.
 (QS Adz Zariyat : 56)

Manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Nya, Rasulullah SAW dan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Hari ini kita buat perkara yang Allah larang, then tersedar, cepat-cepat bertaubat dan azam this is for the last dan tak akan ulang lagi. Tapi, lepas tu, the same thing happen again and again, buat dosa dan bertaubat balik. Ya, saya pernah alami benda ni dan masih alaminya sehingga sekarang. Kadang-kadang saya jadi sangat lemah, Ya Allah, terasa tak kuat untuk pikul semua ni. Terasa malu dan hina sangat diri bila mengaku hamba tapi pandang remeh pada perintah dan larangan-Nya. Ya, malu yang amat sangat. Setelah apa yang Dia beri ini balasannya buat Dia? Bila diri dikawal nafsu dan syaitan, kita jadi tak sedar dengan apa yang sedang kita lakukan.

Betullah, apa yang dah tertulis dalam Al-Quran. Syaitan itu memang sedang berusaha menunaikan janjinya. Kalau Adam dan Hawa berjaya diperdayanya, apatah lagi kita?

"Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"
(Surah Shad:82) 

Itu janjinya di hadapan Allah, setelah diusir daripada syurga. See, syaitan itu sendiri pun sedang tunaikan janji dia pada Allah menunjukkan bahawa dia pun percaya yang Allah itu ada. 

Tapi kasih dan sayangnya Allah pada kita, walau sejahat mana pun kita, sebesar mana dosa yang dah kita buat, dan lepas tu kita bertaubat. Allah akan ampunkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pendosa itu adalah dia yang bertaubat. Setiap kali kita buat dosa satu titik hitam terpalit di hati. Tetapi, in syaa Allah, bila seseorang itu bertaubat, titik hitam tu akan hilang. Cuba bayangkan kalau kita buat dosa berterusan, lama-lama hati akan gelap dilitupi titik hitam itu.

  Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Ampunan Allah itu sangat luas. Mintalah ampun daripada-Nya. Jangan fikir orang yang berdosa akan terus bergelumang dengan dosanya. Usahalah untuk berubah. Kuatlah untuk bangun setiap kali terjatuh. Pandanglah setiap apa yang berlaku sebagai ujian buat diri. Kerana Allah takkan menimpakan sesuatu melainkan sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jadikanlah ujian sebagai penguat iman dalam diri, buat tambah dekat pada Ilahi bukannya pendorong membawa kita ke jalan mati. 

 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"  
  ( Al-Baqarah: 286)

 “Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pendusta.”

(Q.S. al-Ankabut [29]: 2-3)

 Manusia takkan pernah sempurna tapi sebagai manusia yang muslim, kita perlu mengejar kesempurnaan. 
 In order to reach perfection, there's still a room for improvement.

Allah itu dekat dan sentiasa ada. Cumanya, sedekat mana kita dengan Dia? Seusaha mana kita cuba untuk bawa diri dekat dengan-Nya?  Sekuat mana kita saat diuji-Nya? tepuk dada, tanya iman dalam diri. 

Takkan sudah jatuh kita nak ditimpa tangga pulak. Sudah tersedar diri berdosa cepat-cepatlah bertaubat. Allah itu kan Maha Pengampun. Jangan sampai bila pintu taubat dah tertutup, waktu tu menangis air mata darah pun dah tak berguna. Peringatan buat diri saya. In syaa Allah, buat kita pendosa, harapan selalu ada. 

p/s: Dalam mencari keampunan Allah, carilah juga keampunan manusia untuk segala dosa yang telah dilakukan kepada mereka. 

Isnin, 20 Januari 2014

Ketam Ajar Anak Jalan Lurus

Assalamu'alaikum wbt semua!
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menjenguk blog hari ni...
Tadi selepas selesai tengok Masterchef, tertonton Romantika bersama Wardina dan suami..Hehe, jarang sangat tengok Romantika ni, tak suka sangat al maklumlah belum berkahwin..hikhik..
Jadi, bukan nak bercerita pasal wardina dan pasangannya, or rumahnya yang tersergam indah or anak-anak yang sangat sweet dan bijak-bijak belaka. Tapi just nak bercakap tentang apa yang wardina cakap dalam Romantika tadi, yang buat saya tersentap, berfikir dan angguk-angguk....Pasal cara bagaimana nak didik anak. Saya tak berapa ingat sebijik-sebijik apa yang dicakapkan tadi, tapi lebih kurang macam nilah;
Jangan suruh anak buat kalau kita sendiri tak buat benda tu. Contohnya, kita suruh anak solat tapi kita tak solat. Kita suruh anak berakhlak mulia tapi kita sendiri tak. Lebih kurang tulah. 

Saya belum berkahwin dan tak pernah join apa-apa kursus pasal parenting ni. Tapi, bila dengar apa yang wardina and her husband cakap. Saya sangat setuju. Ibarat ketam ajar anak dia jalan lurus orang tua-tua cakap. Jadi, apa yang saya tulis ni lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri jugak. Saya pasti semua ibu bapa nak anak-anak dia jadi anak yang terbaik, but at the same time, ibu bapa tu sendiri kena nilai diri dia, sejauhmana baiknya dia, dan sejauhmana dia dah berjaya untuk jadi anak yang baik jugak untuk mak dan ayahnya. Kita nak anak kita berdisiplin, membesar jadi anak yang tak menyusahkan ibu dan ayah. tapi sejauhmana kita sendiri jadi anak yang tak menyusahkan mak ayah. Kita suruh anak-anak buat itu ini tapi kita sendiri tak buat. Kita larang anak-anak tinggal benda-benda tak baik sedangkan kita sendiri buat benda-benda tu di hadapan mereka. Sebagai contoh, seorang ayah larang anak remaja dia merokok, tapi sejak kecik lagi anak dia hidup dengan bau rokok ayahnya?
Hey, sila jalan lurus....grrrrr

Ibu dan ayah tu role model anak-anak. Anak-anak kecil belajar daripada ibu dan ayah mereka. Mereka akan cuba tiru apa yang model depan mereka buat. Sebab tu wujudnya Teori Peniruan Mandura yang mana mengatakan tingkah laku kanak-kanak wujud hasil daripada proses peniruan insan-insan di sekeliling mereka. Baik model tu, baiklah jadinya dia. Buruk model tu buruklah jadinya dia. 

Jadi, selain ibu bapa juga, teachers jugak perlu take note pasal ni. Sebagai seorang guru, kita tak terlepas daripada memberi nasihat kepada anak-anak murid. Dan saya pun tak terlepas. Apa yang saya buat bagi kelas yang nakal-nakal tak tau duduk senyap, saya akan bagi pengisian seperti tazkirah terlebih dulu untuk attract diorang punya attention, behave perangai, duduk elok-elok then baru start dengan p&p. Dan setiap kali bagi tazkirah or nasihat kepada mereka, pasti ada getaran dalam jiwa saya. Saya takut, takut apa yang saya cakap dan suruh mereka buat saya sendiri tak mampu untuk buat. Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan buat diri juga, bukan untuk mereka sahaja dan saya cuba usahakan untuk buat all the things yang saya cakap dan tunjukkan pada mereka yang saya bukan omong kosong. Kadang-kadang saya buat pengisian ni di hujung sesi p&p, beri masa mereka berfikir dan nanti bila sesi p&p seterusnya akan ada sesi ingat semula gitu..he, tapi buat benda ni time tak kena observe lah....

Jadi, kesimpulannya buat diri saya, ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa dan semua lah, eloklah kiranya kita mereflek kembali diri. Anak yang bagaimana kita ini dan anak yang bagaimana yang kita mahu. Tak salah nak mengajar dan mendidik anak itu dan ini tapi biarlah kita juga laksanakan apa yang kita cakapkan itu. Jom usaha untuk jadi anak yang baik dan ibu bapa yang baik juga..in syaa Allah, ask the best from Allah..May Allah bless all of us..amiin..
Oh, sebelum terlupa, satu lagi benda yang saya suka on how wardina didik anak-anak dia ialah no gadgets dan galakkan anak-anak membaca.

 p/s: tengah fikir-fikir cara terbaik untuk ajar my future child nanti..hehe, tapi sebelum tu nak usaha untuk jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah dulu...;) Salam Alaik!!! 

                                                
Semoga fizah dapat menjadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, di dunia dan akhirat sana..in syaa Allah..amiin

Jumaat, 17 Januari 2014

Versus by Hlovate

Assalamu'alaikum wbt....
Salam Jumaat semua, alhamdulillah, hye hye blog....Dalam beberapa hari ni selalu buka lappy dengan niat nak update blog tetapi akhirnya tutup lappy dengan kekecewaan dan azam lagi nanti buka pulak baru update. And the same situation repeated. 

Jadi, hari ni kembali untuk menunaikan janji. Masa untuk bedah buku. Hari ni saya nak kongsikan tentang sebuah novel karya Hlovate. Novel Hlovate yang  saya paling suka dan dah berulang-ulang kali ulang baca sampai dah terlekang daripada kulitnya.

Ini hah novelnya..
                                                  
Mungkin ramai yang dah baca novel ni since novel ni keluar tahun 2010. Tapi bagi yang belum, silalah beli dan baca, nescaya tak rugi..hehe

..................bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, 
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..........

Versus mengisahkan tentang seorang Minn Edina yang merupakan seorang ex-skater queen, tapi terpaksa meninggalkan dunia skaternya atas permintaan arwah atuknya. Berubah untuk jadi yang lebih baik bukan mudah mungkin pada zahirnya boleh tapi batinnya perlu usaha dan iltizam yang sangat kuat. Ya, Minn berubah dari segi zahirnya tetapi dunia skater dalam jiwanya masih utuh dan kuat. Perkenalan Minn dengan AO(Ashraff Omar) juga seorang skater membawa perubahan dalam diri AO. Pada mulanya AO berubah kerana Minn dan penghijrahan AO ke Australia membawa dirinya lebih dekat dalam mengenali Dia Yang Satu. Melihat kepada perubahan AO, Minn juga mula menilai dirinya. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik disisi Allah zahir dan batin. Memilih yang terbaik untuk dilakukan dan ditinggalkan, it's not something easy to be done. It's all about choices that we made. Semua orang akan ada turning point, changes in life. Tapi untuk sesuatu yang dah menjadi darah daging dalam diri bukan mudah untuk dikikis keluar. Bak kata penulisnya, sakit yang tak berdarah, hanya Allah yang mengetahui-Nya.

Ini adalah sedikit sebanyak sinopsisnya, terlalu banyak untuk diceritakan semua yang berlaku dalam novel ni. Apa yang boleh saya katakan, novel ni sangat best, banyak benda yang saya dapat daripada novel ni. Versus membawa kita melihat bagaimana watak-wataknya mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah. Bacalah, jika anda juga mahu berubah menjadi much much better di sisi Allah.


"Please Minn. 
Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. 
On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please..." 
balas Ashraff Omar
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. 
Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"



 II
"Not a step away from that spot, AO." 
Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back. Off."
Ashraff Omar akur. 
Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. 
I cuma meminta. 
I like you. 
I really really like you. 
I want to give us a chance. 
Permintaan I bukan untuk you terima I sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. 
For us. 
Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.

p/s: Terjumpa satu buku yang best jugak dalamnya, Romanticism is the weapon of satan juga lagu best Menjemput Bidadari oleh dani Setiawan yang tak jemu dengar ulang-ulang kali. Pakej lengkap gitu sebab bila dengar lagu menjemput bidadari ni mesti ingat Min dan AO.Buat dia yang menghadiahkan novel ni untuk saya, Thanks very much dear, i do appreciate it, really2 appreciate it, heh.. ;)


                                                                   Bila yakin telah tiba,
                                                                   Teguh didalam jiwa
                                                               Kesabaran menjadi bunga

                                                                 Sementara waktu berlalu
                                                            Penantian tak berarti sia sia
                                                      Saat perjalanan adalah pencarian diri