Isnin, 20 Januari 2014

Ketam Ajar Anak Jalan Lurus

Assalamu'alaikum wbt semua!
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menjenguk blog hari ni...
Tadi selepas selesai tengok Masterchef, tertonton Romantika bersama Wardina dan suami..Hehe, jarang sangat tengok Romantika ni, tak suka sangat al maklumlah belum berkahwin..hikhik..
Jadi, bukan nak bercerita pasal wardina dan pasangannya, or rumahnya yang tersergam indah or anak-anak yang sangat sweet dan bijak-bijak belaka. Tapi just nak bercakap tentang apa yang wardina cakap dalam Romantika tadi, yang buat saya tersentap, berfikir dan angguk-angguk....Pasal cara bagaimana nak didik anak. Saya tak berapa ingat sebijik-sebijik apa yang dicakapkan tadi, tapi lebih kurang macam nilah;
Jangan suruh anak buat kalau kita sendiri tak buat benda tu. Contohnya, kita suruh anak solat tapi kita tak solat. Kita suruh anak berakhlak mulia tapi kita sendiri tak. Lebih kurang tulah. 

Saya belum berkahwin dan tak pernah join apa-apa kursus pasal parenting ni. Tapi, bila dengar apa yang wardina and her husband cakap. Saya sangat setuju. Ibarat ketam ajar anak dia jalan lurus orang tua-tua cakap. Jadi, apa yang saya tulis ni lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri jugak. Saya pasti semua ibu bapa nak anak-anak dia jadi anak yang terbaik, but at the same time, ibu bapa tu sendiri kena nilai diri dia, sejauhmana baiknya dia, dan sejauhmana dia dah berjaya untuk jadi anak yang baik jugak untuk mak dan ayahnya. Kita nak anak kita berdisiplin, membesar jadi anak yang tak menyusahkan ibu dan ayah. tapi sejauhmana kita sendiri jadi anak yang tak menyusahkan mak ayah. Kita suruh anak-anak buat itu ini tapi kita sendiri tak buat. Kita larang anak-anak tinggal benda-benda tak baik sedangkan kita sendiri buat benda-benda tu di hadapan mereka. Sebagai contoh, seorang ayah larang anak remaja dia merokok, tapi sejak kecik lagi anak dia hidup dengan bau rokok ayahnya?
Hey, sila jalan lurus....grrrrr

Ibu dan ayah tu role model anak-anak. Anak-anak kecil belajar daripada ibu dan ayah mereka. Mereka akan cuba tiru apa yang model depan mereka buat. Sebab tu wujudnya Teori Peniruan Mandura yang mana mengatakan tingkah laku kanak-kanak wujud hasil daripada proses peniruan insan-insan di sekeliling mereka. Baik model tu, baiklah jadinya dia. Buruk model tu buruklah jadinya dia. 

Jadi, selain ibu bapa juga, teachers jugak perlu take note pasal ni. Sebagai seorang guru, kita tak terlepas daripada memberi nasihat kepada anak-anak murid. Dan saya pun tak terlepas. Apa yang saya buat bagi kelas yang nakal-nakal tak tau duduk senyap, saya akan bagi pengisian seperti tazkirah terlebih dulu untuk attract diorang punya attention, behave perangai, duduk elok-elok then baru start dengan p&p. Dan setiap kali bagi tazkirah or nasihat kepada mereka, pasti ada getaran dalam jiwa saya. Saya takut, takut apa yang saya cakap dan suruh mereka buat saya sendiri tak mampu untuk buat. Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan buat diri juga, bukan untuk mereka sahaja dan saya cuba usahakan untuk buat all the things yang saya cakap dan tunjukkan pada mereka yang saya bukan omong kosong. Kadang-kadang saya buat pengisian ni di hujung sesi p&p, beri masa mereka berfikir dan nanti bila sesi p&p seterusnya akan ada sesi ingat semula gitu..he, tapi buat benda ni time tak kena observe lah....

Jadi, kesimpulannya buat diri saya, ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa dan semua lah, eloklah kiranya kita mereflek kembali diri. Anak yang bagaimana kita ini dan anak yang bagaimana yang kita mahu. Tak salah nak mengajar dan mendidik anak itu dan ini tapi biarlah kita juga laksanakan apa yang kita cakapkan itu. Jom usaha untuk jadi anak yang baik dan ibu bapa yang baik juga..in syaa Allah, ask the best from Allah..May Allah bless all of us..amiin..
Oh, sebelum terlupa, satu lagi benda yang saya suka on how wardina didik anak-anak dia ialah no gadgets dan galakkan anak-anak membaca.

 p/s: tengah fikir-fikir cara terbaik untuk ajar my future child nanti..hehe, tapi sebelum tu nak usaha untuk jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah dulu...;) Salam Alaik!!! 

                                                
Semoga fizah dapat menjadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, di dunia dan akhirat sana..in syaa Allah..amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan