Sabtu, 10 Mei 2014

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu




Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, bertemu lagi tuan blog dengan blognya hari ini..
Memandangkan esok cuti jadinya dapatlah menaip panjang-panjang sikit hari ni..
Untuk post kali ni, saya nak berkongsi tentang sebuah buku rentetan perjalanan hidup seorang ustaz yang dikenali ramai pada hari ini, ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini adalah buku yang ke-6 tulisan beliau yang saya baca. Alhamdulillah, penulisannya dekat di hati dan belum pernah sekalipun mengecewakan saya. Saya ambil masa yang agak lama untuk mendapatkan buku ni. Berulang-ulang kali masuk popular di shopping mall Penang, akhirnya keluar dengan tangan kosong. Bila jumpa, kewangan pulak tak berapa mengizinkan. Akhirnya dapat juga beli. Jumpa buku ni di MPH Mid Valley tahun lepas. See, punya lah jauh.

Buku yang saya maksudkan ialah "Di Hamparan Shamrock Ku seru nama-Mu. 
                                                    

 Ini hah bukunya

Mula-mula ingatkan shamrock tu nama tempat. Rupanya shamrock tu tumbuhan yang ada tiga bentuk heart tu. Shamrock ni dikenali sebagai simbol negara Ireland. 

                             

Alhamdulillah, buku ini menceritakan tentang rentetan perjalanan hidup ustaz Hasrizal yang membawa kepada siapa beliau pada hari ini. Kita selalu melihat orang yang berjaya, mengagumi mereka dan bermimpi untuk menjadi seperti mereka. Tetapi, di sebalik kejayaan itu, pasti ada realiti ngeri yang pernah dialami. Jatuh dan sakit, sebelum bangun dengan sebuah keyakinan yang pasti. Buku ini adalah tentang rentetan kisah air mata, derita, susah dan payahnya perjalanan seorang hamba Allah yang harus akur dengan setiap liku hidup-Nya. Menjalani kehidupan nun jauh daripada insan-insan tersayang. Menempuh ujian hidup keseorangan. Bukan mudah untuk menceritakan kisah perit hidup yang dialami. Bimbang malu diketahui orang. Tetapi inilah realiti sebuah kehidupan. Takkan mampu untuk kita nikmati betapa manisnya syurga andai kita belum merasa pahitnya jalan mujahadah dan jalan menuju syurga itu. Ujian Allah datang tanpa diduga, tanpa mengira siapa, tanpa mengira kita bersedia ataupun tidak. Ujian Allah itu datang untuk menjadikan kita lebih kuat ataupun terus jatuh tersungkur lemah. Bergantung kepada bagaimana kita melihat setiap ujian yang datang.  Bersangka baik dengan Allah setiap masa kerana pasti ada hikmah disebalik ujian melanda. Allah tidak menguji sesuatu di luar kemampuan kita.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"    
 ( Al-Baqarah: 286)

 Buku ini juga ada menceritakan kisah-kisah bagaimana seseorang non muslim memeluk Islam. Betullah apa yang dikata, orang yang memeluk Islam kerana hidayah Allah dan atas usaha yang dilakukan untuk mendekati Islam itu lebih menghargai Islam itu berbanding orang yang Islam melalui keturunan. Kisah yang sangat terkesan di hati. Baca sambil lihat balik diri. Apa yang bestnya buku ni, ada gambar berwarna yang diselitkan. Jadi pembacaan tu jadi lebih feelnya..Saya tak pandai nak ulas panjang-panjang sebabnya dah lama baca, just kongsikan apa yang masih diingatan. Nak kena reread blk2 bila2 free nanti. 

Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri,
Mimpi ngeri yang pada mengenangnya,
kita boleh terbangun pada tengah malam,
berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas,
dan malu untuk ia diketahui orang.

Dia tidak terkecuali.

Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap,
Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan.

Keyakinan untuk jujur pada diri

akur kepada liku-liku skrip kehidupan, 
yang menyampaikan ustaz ini kepada mana dia berada,
pada hari ini.

Dengan linangan air mata, dia ucapkan,
"Alhamdulillah...Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu!"

Ayat wajib tiap-tiap post bedah buku. Belilah dan bacalah, saya pasti anda takkan rugi. Free boleh jgk jenguk blog ustaz Hasrizal. Saifulislam.com. Linknya ada dlm senarai Santapan Rohani di sebelah. Klik ja.

p/s: Tak sabar nak membedah "Ulu Yam di Liverpool" pulak..sejak-sejak kerja ni, dah susah nak mencari masa membaca buku-buku kesukaan. Belek buku teks, scheme of work dan lesson plan hari - hari  =)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan