Muda..
Datangnya cuma hanya sekali,
Harus di 'enjoy' sepuas hati,
harus di 'enjoy ' selagi masa belum berhenti,
Selagi tua belum menjengah diri,
Tapi,
Jangan sampai kau jadi lupa,
Yang mati itu datangnya juga cuma sekali,
Datangnya tidak kira waktu dan ketika atau masa engkau peduli,
Alam gelap yang menanti,
Alam selepas dibangunkan nanti yang tak akan lagi terhenti,
Kanan atau kiri,
Syurga atau neraka yang kau cari?
Bahagia atau merana yang kau impi?
Tanya pada diri, tanya pada hati,
Tanya pada dunia,
Apa yang telah kau isi
Bukan bertangguh nanti,
Tanyakan saat ini,
Saat masa belum terhenti,
'Enjoy' bagaimana yang kau nikmati?
'Enjoy menjauhi,
Atau 'enjoy' yang mendekati?
Dia, ya Dia yang kau panggil Ilahi,
Saat masa belum terhenti,
Berlarilah untuk mendekati,
Walau kau harus jatuh berkali-kali,
Jangan pernah lelah untuk terus bangun dan berdiri,
Cubalah apa jua cara yang engkau mampu untuk mendekati,
Dia yang amat menyayangi,
Dia yang maha mengampuni,
Semoga masih ada masa untuk memberi yang terbaik buat diri,
Sebelum mati datang menjemput engkau kembali.
~hafizahradzak 23082014~
Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,
“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan
mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan
berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan berlari”
p/s: semoga Allah mengampuni dosa silam semalam. Semoga Allah kuatkan kaki untuk terus melangkah menuju jalan Syurga yang teramat indah di depan sana. Hidup cuma sekali, mati juga cuma sekali. Tetapi bekal untuk hidup selepas mati harus dikutip siap-siap semasa hidup di dunia ini. Apa yang dikutip itu penentu bagaimana kehidupanmu di sana nanti. Semoga yang baik-baik sahaja hendaknya. May Allah bless us, may Jannah be ours. amiin.. Salam Alaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan