5 tahun selepas yang itu....
Pokok asam ditepi bendang itu masih teguh di situ, cumanya daun-daunnya sudah tidak serimbun dulu. Pangkin tempat dia dan Lim selalu duduk menyicah mempelam sambil memerhati wau hasil buatan tangan Tok Chaq nun di langit biru juga sudah tiada disitu. Mungkin sudah reput berhujan panas. Nanti Mia akan minta ayah buatkan pangkin yang baru. Dia teringin sangat duduk di situ lagi merasai sepoi angin petang sambil melihat hijau bendang yang luas terbentang dan langit biru yang mendamaikan. Cumanya sudah tiada Lim buat teman bicara. Terlalu cepat masa berlalu. Lim, sudah terubatkah luka itu?
Orang kata tiada istilah sahabat antara lelaki dan perempuan tetapi Mia tetap merasakan Lim sahabat yang paling baik yang Mia pernah ada. Maaf kerana pernah buat Lim terluka. Maaf.
p/s: gambar sekadar hiasan. Jalan depan sekolah saya. Sempadan Perlis-Thailand!
apasal sedih sangat bunyik catatan ni..hahaha
BalasPadamAla...belum masuk part hepinya... pelangi kan akan muncul selepas hujan..hahaha
BalasPadam