Ahad, 23 Ogos 2015

sahabat

Kerana namamu itu sahabat,
Apa-apa sahaja yang membahagiakanmu,
sudah cukup untuk membahagiakanku.

 sahabat di dunia biar sampai bawa ke syurga.

Selasa, 18 Ogos 2015

Life

   

Live life to the fullest,
Dream high to the highest,
Set target, and shoot for the bestest.

Ahad, 9 Ogos 2015

Catatan Hati Imanina #2

5 tahun selepas yang itu....
Pokok asam ditepi bendang itu masih teguh di situ, cumanya daun-daunnya sudah tidak serimbun dulu. Pangkin tempat dia dan Lim selalu duduk menyicah mempelam sambil memerhati wau hasil buatan tangan Tok Chaq nun di langit biru juga sudah tiada disitu. Mungkin sudah reput berhujan panas. Nanti Mia akan minta ayah buatkan pangkin yang baru. Dia teringin sangat duduk di situ lagi merasai sepoi angin petang sambil melihat hijau bendang yang luas terbentang dan langit biru yang mendamaikan. Cumanya sudah tiada Lim buat teman bicara. Terlalu cepat masa berlalu. Lim, sudah terubatkah luka itu?



Orang kata tiada istilah sahabat antara lelaki dan perempuan tetapi Mia tetap merasakan Lim sahabat yang paling baik yang Mia pernah ada. Maaf kerana pernah buat Lim terluka. Maaf.

p/s: gambar sekadar hiasan. Jalan depan sekolah saya. Sempadan Perlis-Thailand!

Rabu, 5 Ogos 2015

Bahagia

                      

Hidup lah dengan bahagia,
dengan gembira,
dengan yakin yang Tuhan itu ada,
Tuhan yang berkuasa,
Tuhan yang melihat segala,
Tuhan yang faham rasa,
Tuhan yang hadir sengsara,
Tuhan yang lenyapkan derita,
Tuhan yang beri bahagia,
Tuhan tempat kembali semua,
Tuhan Yang Maha Esa,
Tuhan yang di atas sana.
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

"Bahagia itu bukan seperti apa yang orang lihat tetapi ianya seperti apa yang kita rasa"


Isnin, 3 Ogos 2015

Catatan Hati Imanina #1

                       

Kalau ditanya pada Mia saat ini apa yang paling sakit?
Sudah tentu dia akan jawab,
"Memendam rasa suka pada seseorang sekian lama dan akhirnya mendapat tahu yang orang tu tak pernah sedikit pun ada rasa suka pada kita."
Relax Mia, kumbang bukannya seekor.
Ya, kumbang bukan seekor tapi bunga juga bukan sekuntum!

p/s: Bila ntah nak boleh start menulis balik. Busynya kemain. Haha.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Positif

Assalamualaikum wbt...

Its August! How fast time flies. Masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin since masih di bulan Syawal kan? Puasa enam pun belum habis. Harap dapatlah dihabiskan sebelum berakhirnya Syawal, In syaa Allah. 
Alhamdulillah, bangun dengan semangat baru pagi ni sebab semalam dah buat sesi motivasi dengan BFF tersayang yang baru balik daripada kursus di PD. She met so many positive people there. So, let's start ours! Bersyukur atas segala nikmat yang Allah dah beri dan cuba berfikiran positif atas semua hal yang berlaku. Walaupun sometimes it feel so hard but it is better to be scared of failing than being scared of trying, right? Lepas ni kalau da mak cik pakcik, cikgu2 sekolah ke, anak murid ke sepupu sepapat ke yang tanya bila nak kawen? Tak payah dok kelam kelibut sangat lah, senyum je. Sebab jawapannya kita sendiri pun tak tahu kan? Cukup dengan lafaz In Syaa Allah sebab Dia lebih tahu waktu dan ketikanya yang terbaik untuk semua tu. Think positive think positive ulang cakap kat diri banyak-banyak kali. Anggap je diaorang semua tu prihatin dan ambil berat kat kita. Walaupun belum masuk umur 26 tapi bila keliling pinggang orang dok datang tanya bila nak kawen, rasa tua lah juga. Lepas tu mulalah nak sentap-sentap. Tak baik, tak baik hafizah. Lepas ni set in mind kena always think positive, kena ceria-ceria selalu dan tak payah berat-berat fikiran dok fikir apa kata orang pada kita. Masing-masing ada mulut, ada fikiran, hati boleh ja nak cakap or buat tanggapan apapun tanpa mampu untuk kita sekat dan kawal. Jadinya, kita lah kena pandai-pandai jaga mulut kita, jaga hati kita, jaga fikiran kita jangan dibebankan pada sesuatu perkara yang tak penting. Bila dah mampu berfikiran positif, ceria je then we can look younger than our real age. Kan? kan? kan? Hahaha. 
                                                  

Alhamdulillah, walaupun Allah belum berkata kun fayakun untuk hal yang satu itu tetapi dah terlalu banyak permintaan saya yang dah  Dia dikabulkan. Dapat posting Perlis, dapat stay dengan mak ayah, dapat sambung master, diberikan kesihatan yang baik, dihadirkan insan-insan sekeliling yang baik dan hebat, dan banyak lagilah nikmat yang diberi tanpa saya minta. Kenapa harus jadikan hal yang satu itu sebagai halangan untuk kita jadi hamba yang bersyukur? Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau mahu dustakan lagi? Tepuk dada tanya iman.Sekadar berkongsi topik perbincangan semalam. Buat mereka yang sedang hadapi same situation as me, jom jadi orang yang happy!

" Happy is the person who learns to wait as he prays and never loses his sabr, for he knows that Allah's time is the best time."

p/s: Baru check result master untuk semester 1, alhamdulillah, alhamdulillah...result yang tak pernah langsung dijangka! Semoga terus diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik. Cukup dengan yakin sepenuhnya yang kita ada Dia. Dan sesungguhnya Dia tak akan bebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mampu untuk ditanggung oleh kita.