Rabu, 9 Disember 2015

Bersyukur untuk bahagia

 Bersyukurlah untuk bahagia,
Mungkin ini bahagianmu,
Lain orang lain ujiannya,
Senyumlah saat diuji,
Itu tandanya Allah sesekali tidak pernah meninggalkanmu,
Sama ada Dia bantumu untuk bangun saat jatuh,
atau Dia ingatkanmu akan sakitnya jatuh itu dan engkau akan lebih berhati-hati mengatur langkah di masa depan,
Jangan pernah sekali-kali mempertikaikan ketentuan-Nya,
Bersyukurlah untuk berbahagia, sayang.

                                 

Isnin, 30 November 2015

Catatan Hati Imanina #3

Orang kata kalau benar kita sayangkan seseorang, kita ada dua pilihan. Sama ada kita usaha sungguh2 untuk memilikinya ataupun lepaskan dia dalam jagaan Tuhan.
Dan hari ini dia pilih untuk melepaskan.
Dia pilih untuk berhenti daripada terus menunggu.
Ya, dia sedang corakkan muka depan untuk buku baru dengan sungguh2.
Agar halaman-halaman lain turut sama indahnya.

Dia pilih untuk berhenti disini.
Bukan beerti dia berputus asa.
Apatah lagi kecewa.
Dia sedang ajar dan pujuk hati untuk kuat.
Kuat untuk meneruskan langkah daripada terus berpijak pada hari semalam.                                      
Semoga awak baik-baik sahaja dalam jagaan-Nya, Lim!

p/s: Ada sapa2 x sudi nak mengarang cerita ni. Rasa macam busynya kemain. Ada 3 weeks before nak submit final assignments utk sem ni..May Allah ease..amiin



Jumaat, 23 Oktober 2015

Strong is Kuat

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat untuk terus bernafas dan meneruskan hidup di muka bumi Allah ini. Dengan cuaca berjerebu, masih mampu melaksanakan tugas seharian dan masih diberi nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah summa alhamdulillah. Walaupun hati panas ja rasa bila orang mula mempertikaikan kerjaya guru dan menyalahkan guru kerana sekolah ditutup. Biarkan aja, great minds don't talk about people.

Alhamdulillah jugak dah melangkah ke semester kedua pengajian master saya di UUM. Dah separuh semester pun. Alhamdulillah. Walaupun banyak sangat perkara yang berlaku. Sekarang baru saya benar benar merasai quote yang mengatakan " you don't know how strong you are until being strong is the only choice that you have" itu macam mana. Saya merasai bagaimana rasa sedihnya sampai air mata tak mampu nak mengalir lagi. Dan time tu saya rasa i have unlocked one site of my self. Yes,that time,  i felt that i was strong enough to face the test, and yes, i am. No more tears but only a strong heart, chewahh. Kembali meneruskan semester kedua berseorangan tanpa teman seperjuangan. Walau apapun keputusan yang sahabat saya ambil, i will always support her, no matter what happened between us, she will always be my sahabat dunia akhirat. I know her test might be tough than me but i believe she is strong enough to face it. Stay strong sahabat. No more sorries, no more worries. I am big enough to handle it. Just pray hard for me as i do for you. And i am sorry cause i being the one who have incited you to join me at first. So now, just preparing yourself for being a good wife ya? ^^
                                                          
     
In syaa Allah saya akan teruskan sampai ke akhir. Saya masih ada impian yang perlu untuk saya kejar.Masih ada Dia yang tak pernah sekalipun meninggalkan saya keseorangan. Saya masih ada mak dan ayah untuk saya bersandar. Saya cuma harap saya akan terus kuat, kuat dan kuat sampai ke akhir. Untuk lebih kurang setahun setengah ja lagi. Buat yang merancang untuk sambung belajar sambil bekerja, saya nasihatkan fikir masak-masak. Banyak benda perlu dikorbankan apatah lagi yang sudah berumah tangga. Tapi as long as keinginan dan keazaman kita tinggi, everything gonna be okay, in syaa Allah.. Keep you head up, keep you heart strong and keep moving forward.

                   Life Inspiration Quotes I Believe In Being Strong
Yes, so do i!
Miracles do happen, for those who believe.
No matter what happen in our life, just don't stop moving. Jalan kita mungkin berbeza tetapi tujuan akhir kita adalah sama. Kembali kepada Dia yang telah menciptakan. Everything happens for a reason. Sedangkan Allah tak pernah berputus asa dengan hamba-Nya inikan kita pada diri sendiri. Don't embarass yourself okay? May Allah ease..amiin

p/s: My dearest sahabat, i just want you to know that i love you dun'ya wal akhirah in syaa Allah


Selasa, 1 September 2015

mereka dan aku


                                   

orang lihat aku ketawa,
senyum ukir sampai pipi tak terkata,
ceria dan bahagia,
orang tak tahu hakikatnya apa yang aku rasa,
apa yang aku pendam dalam jiwa,
cuba untuk jadi kuat setiap masa,
kuat untuk selindung duka,
kuat untuk tahan air mata,
kuat untuk pamer gembira,
kuat untuk tidak peduli apa orang kata,
dan tumpang untuk bahagia,
jangan disoal aku bila, siapa, di mana, kenapa,
ulang dan ulang sampai jemu rasa,
untuk sesuatu yang bukan aku kuasa,
cukuplah..
orang hanya tahu kata,
tak pernah langsung mahu cuba rasa.
ataupun mahu tolong doa.
                                                       
 
p/s: selagi kita ada Dia, usah dipeduli apa orang kata. Siapa kita tak penting pada mata mereka tapi siapa kita penting pada Dia....Alhamdulillah..

Ahad, 23 Ogos 2015

sahabat

Kerana namamu itu sahabat,
Apa-apa sahaja yang membahagiakanmu,
sudah cukup untuk membahagiakanku.

 sahabat di dunia biar sampai bawa ke syurga.

Selasa, 18 Ogos 2015

Life

   

Live life to the fullest,
Dream high to the highest,
Set target, and shoot for the bestest.

Ahad, 9 Ogos 2015

Catatan Hati Imanina #2

5 tahun selepas yang itu....
Pokok asam ditepi bendang itu masih teguh di situ, cumanya daun-daunnya sudah tidak serimbun dulu. Pangkin tempat dia dan Lim selalu duduk menyicah mempelam sambil memerhati wau hasil buatan tangan Tok Chaq nun di langit biru juga sudah tiada disitu. Mungkin sudah reput berhujan panas. Nanti Mia akan minta ayah buatkan pangkin yang baru. Dia teringin sangat duduk di situ lagi merasai sepoi angin petang sambil melihat hijau bendang yang luas terbentang dan langit biru yang mendamaikan. Cumanya sudah tiada Lim buat teman bicara. Terlalu cepat masa berlalu. Lim, sudah terubatkah luka itu?



Orang kata tiada istilah sahabat antara lelaki dan perempuan tetapi Mia tetap merasakan Lim sahabat yang paling baik yang Mia pernah ada. Maaf kerana pernah buat Lim terluka. Maaf.

p/s: gambar sekadar hiasan. Jalan depan sekolah saya. Sempadan Perlis-Thailand!

Rabu, 5 Ogos 2015

Bahagia

                      

Hidup lah dengan bahagia,
dengan gembira,
dengan yakin yang Tuhan itu ada,
Tuhan yang berkuasa,
Tuhan yang melihat segala,
Tuhan yang faham rasa,
Tuhan yang hadir sengsara,
Tuhan yang lenyapkan derita,
Tuhan yang beri bahagia,
Tuhan tempat kembali semua,
Tuhan Yang Maha Esa,
Tuhan yang di atas sana.
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

"Bahagia itu bukan seperti apa yang orang lihat tetapi ianya seperti apa yang kita rasa"


Isnin, 3 Ogos 2015

Catatan Hati Imanina #1

                       

Kalau ditanya pada Mia saat ini apa yang paling sakit?
Sudah tentu dia akan jawab,
"Memendam rasa suka pada seseorang sekian lama dan akhirnya mendapat tahu yang orang tu tak pernah sedikit pun ada rasa suka pada kita."
Relax Mia, kumbang bukannya seekor.
Ya, kumbang bukan seekor tapi bunga juga bukan sekuntum!

p/s: Bila ntah nak boleh start menulis balik. Busynya kemain. Haha.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Positif

Assalamualaikum wbt...

Its August! How fast time flies. Masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin since masih di bulan Syawal kan? Puasa enam pun belum habis. Harap dapatlah dihabiskan sebelum berakhirnya Syawal, In syaa Allah. 
Alhamdulillah, bangun dengan semangat baru pagi ni sebab semalam dah buat sesi motivasi dengan BFF tersayang yang baru balik daripada kursus di PD. She met so many positive people there. So, let's start ours! Bersyukur atas segala nikmat yang Allah dah beri dan cuba berfikiran positif atas semua hal yang berlaku. Walaupun sometimes it feel so hard but it is better to be scared of failing than being scared of trying, right? Lepas ni kalau da mak cik pakcik, cikgu2 sekolah ke, anak murid ke sepupu sepapat ke yang tanya bila nak kawen? Tak payah dok kelam kelibut sangat lah, senyum je. Sebab jawapannya kita sendiri pun tak tahu kan? Cukup dengan lafaz In Syaa Allah sebab Dia lebih tahu waktu dan ketikanya yang terbaik untuk semua tu. Think positive think positive ulang cakap kat diri banyak-banyak kali. Anggap je diaorang semua tu prihatin dan ambil berat kat kita. Walaupun belum masuk umur 26 tapi bila keliling pinggang orang dok datang tanya bila nak kawen, rasa tua lah juga. Lepas tu mulalah nak sentap-sentap. Tak baik, tak baik hafizah. Lepas ni set in mind kena always think positive, kena ceria-ceria selalu dan tak payah berat-berat fikiran dok fikir apa kata orang pada kita. Masing-masing ada mulut, ada fikiran, hati boleh ja nak cakap or buat tanggapan apapun tanpa mampu untuk kita sekat dan kawal. Jadinya, kita lah kena pandai-pandai jaga mulut kita, jaga hati kita, jaga fikiran kita jangan dibebankan pada sesuatu perkara yang tak penting. Bila dah mampu berfikiran positif, ceria je then we can look younger than our real age. Kan? kan? kan? Hahaha. 
                                                  

Alhamdulillah, walaupun Allah belum berkata kun fayakun untuk hal yang satu itu tetapi dah terlalu banyak permintaan saya yang dah  Dia dikabulkan. Dapat posting Perlis, dapat stay dengan mak ayah, dapat sambung master, diberikan kesihatan yang baik, dihadirkan insan-insan sekeliling yang baik dan hebat, dan banyak lagilah nikmat yang diberi tanpa saya minta. Kenapa harus jadikan hal yang satu itu sebagai halangan untuk kita jadi hamba yang bersyukur? Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau mahu dustakan lagi? Tepuk dada tanya iman.Sekadar berkongsi topik perbincangan semalam. Buat mereka yang sedang hadapi same situation as me, jom jadi orang yang happy!

" Happy is the person who learns to wait as he prays and never loses his sabr, for he knows that Allah's time is the best time."

p/s: Baru check result master untuk semester 1, alhamdulillah, alhamdulillah...result yang tak pernah langsung dijangka! Semoga terus diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik. Cukup dengan yakin sepenuhnya yang kita ada Dia. Dan sesungguhnya Dia tak akan bebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mampu untuk ditanggung oleh kita.

Jumaat, 3 Julai 2015

Masters

Assalamu'alaikum wbt...
Memandangkan esok cuti jadinya malam ni boleh lah nak menaip panjang-panjang sikit di sini..
Malam ni, saya nak kongsikan tentang macam mana saya boleh terfikir untuk sambung belajar lagi.
Niat nak sambung belajar memang dah saya tanam sejak belum habis degree lagi. Nampak tak betapa semangat nya disitu? Hahaha.. Bila dipostingkan saya dapat mengajar subjek Bahasa Inggeris sahaja. Hanya Allah yang tahu betapa tidak berkeyakinannya saya dengan diri sendiri time tu. Saya akui yang Bahasa Inggeris saya tak berapa nak bagus sangat pun apatah lagi bab nak kena communicate tu. Walaupun ada abang guru Bahasa Inggeris sekolah SBP lulusan daripada universiti luar negara lagi tapi itu semua tidak mampu menjamin bagusnya saya dalam berbahasa Inggeris. Jadinya niat nak sambung belajar tu semakin berkobar-kobar. Awalnya saya rancang nak sambung ikut opsyen saya masa degree iaitu Sains tapinya habis dekat di UPSI sahaja. Kalau USM kena tunggu selepas lebih kurang 2 tahun bekerja. Fikir punya fikir dan berbincang dengan mak ayah, mak ayah tak izinkan saya sambung ke UPSI, bimbang nanti penat sangat dok berulang jauh-jauh Perlis-UPSI-Perlis tiap weekend. Jadinya saya decide untuk sambung di UUM sahaja dengan pengkhususan dalam Psikologi Pendidikan. Mula-mulanya sorang-sorang lepas tu hasut punya hasut dapatlah sorang kawan ni nak join sekali. Thank you, awak!!! Sayang ketat2!!!! 


So, langkah awal yang saya ambil ialah bertanyakan kepada orang yang dah ada pengalaman sambung belajar sambil bekerja. Kebetulan bapa saudara (anak tok sedara) yang baru lebih kurang 3 tahun berkhidmat sebagai guru pun tengah sambung master, jadi banyak jugak lah benda maklumat dan nasihat yang saya dapatkan daripada dia. Thank you jugak Pak Tam Amar, atas segala info dan nasihat. Saya doakan urusan dia untuk sambung study ke peringkat PhD dipermudahkan..amiin. Bila dah decide nak ke UUM saya pun mulalah menjadi pengunjung rasmi Portal UUM untuk cek bila intake untuk postgraduate. Then, syarat2 yang diperlukan. Ni laman web yang boleh dikunjungi untuk lihat kursus-kursus yang ditawarkan bagi program postgraduate. 

Ha, yang ini memang kena baca betul2. Selepas tu, saya download borang daripada portal tersebut. Boleh download borang kat sini. .
nak isi online pun boleh. tapi sebab saya dekat saja download borang, isi dan hantar sendiri ke pejabat fakulti.
Oh, sebelum terlupa..sebelum niat nak sambung tu saya pergi jumpa ketua jabatan aka Guru Besar untuk minta izin sambung belajar. Disebabkan time tu saya baru dalam 8 bulan bekerja dan belum disahkan jawatan saya hanya minta keizinan GB, bila dah sah jawatan nanti baru akan buat surat memaklumkan kepada pihak JPN yang saya tengah sambung study. Sterusnya dapatkan sokongan GB dan daripada orang yang tahu tahap pencapaian kita. Dan yang ini saya minta sokongan daripada mentor saya iaitu pensyarah semasa belajar di IPG.  Bila semua borang dah disettlekan, seterusnya buat bayaran melalui online ataupun di bank sebanyak RM100, ini yuran/duit untuk pemprosesan borang kita tu. Tunggu dalam 2 minggu akhirnya baru dapat tahu kita diterima ataupun tak. Selepas itu, barulah isi balik borang yang dapat tu, buat medical check up semua dan bayar yuran.Yurang bagi semester pertama ni RM 2000 lebih. Sebenarnya selepas saya buat survey, yuran UUM ni antara yang termurah lah jugak nak dibandingkan dengan universiti lain. Memandangkan saya sambung secara PJJ dan masih belum layak untuk mohon apa2 biasiswa jadinya segala yuran dan perbelanjaan dikeluarkan daripada duit poket sendiri. Memang kena berjimat cermat. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ye dak? Heh...
Seterusnya, selepas mendaftar pada tarikh yang dimaklumkan dalam surat, bolehlah mendaftar untuk subjek pulak. Untuk semester pertama saya ambik tiga subjek. Niat nak habiskan dalam masa 2 tahun setengah ja. Jadinya, kenalah ambik tiga subjek untuk setiap semester. Mula-mula dulu tak tau pun yang sistem di universiti ni boleh pilih-pilih lecturer yang ok. Add subject then boleh drop kalau rasa tak sesuai. Sebab kat IPG mana ada pilihan macam tu. Lepas add subject kami pun terus konfem...Jadinya kalau apa-apapun tak boleh tukar or drop dah..kena bawak jugak sampai habis. Hahaha..Nasib baik semua lecturers ok..Alhamdulillah... Dan bermulalah kembali perjuangan sebagai seorang pelajar di bumi UUM. Bukan mudah rupanya nak sambung belajar sambil bekerja ni..Banyak benda perlu dikorbankan. Duit, masa, tenaga, memang kena betul-betul kuat. Mak dan ayah dulu bila tahu nak sambung belajar, ayat first ditanya;
"habis tu bila nak kawen?"
"ayah, sapa kata sambung belajaq tak boleh kawen?" 
Soalan dijawab dengan soalan. Hehe... In syaa Allah, jodoh tu kan rahsia Dia, keja Dia, kita hanya mampu usaha dan doa. 
Ok, cukup kot untuk malam ni, In syaa Allah, nanti-nanti akan sambung lagi. Sekarang tengah bercuti sebelum kembali untuk semester kedua bulan September nanti. Semoga perjalanan pengajian master ini berjalan lancar dengan izin-Nya..in syaa Allah..amiin.

Rabu, 1 Julai 2015

Thanks kids!

Assalamua'laikum..
Ramadhan kareem to all!
Already 14 days of fasting, oh how fast time flies...
Semoga madrasah Ramadhan kali ini mampu melahirkan individu yang lebih baik daripada semalam..amiin!!!
Masih sibuk dengan hal sekolah yang rasanya tak berkurang langsung sejak Januari lepas...ada je orang yang nak datang buat pemantauan...huh
It has been 1 year and two months but i'm still adjusting with this teaching field.
Hope that all the ups and downs I've been through make me a stronger person, a better and much better than before.
Thanks kids for always make my day and appreciate me even in little single thing I've done. I'm not a good teacher but I'm trying to become one. May Allah bless all of you always and may success be with you in dunya wa akhirah...in syaa Allah, amiin... I do love all of you, anak-anak syurga!!!!!



p/s: apa yang anda rasa bila tiap2 kali masuk kelas akan dapat notes macam ni? Haha...maklumlah guru muda yang masih bujang lagi ada sorang je kat sekolah tu...Layankan saja...share dekat blog dengan harapan ianya akan jadi kenangan terindah untuk masa akan datang.. =D

Jumaat, 19 Jun 2015

Ampunkan Aku


Happy New Year All!!!!

Assalamu'alaikum...
 Happy New Year All!!!!! =P
Wah! Terkejut dengan pencapaian diri sendiri.
Already June 2015. Rekod paling lama membiarkan blog ni sunyi sepi.
Ouchhh!!! Habuk pun banyak.
What a busy life that i had gone through...
Banyak sangat benda nak dicoretkan dan nak diluahkan di sini tapi rasa macam nak kena tunggu lagi, tunggu sampai ada waktu yang betul-betul lapang.
Alhamdulillah, one of my dream on the way to be fullfill.
I'm doing master right now. Master in Education (Educational Psychology). Alhamdulillah, done with semester 1. Hope to stay strong and keep on going. I just realize that doing two things (work and study) at a time is not that easy. It is very tiring..