Rabu, 22 Januari 2014

Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada

Assalamu'laikum wbt..
Tajuk post sebijik tajuk buku akhi Hilal Asyraf, maaf cilok sekejap.. Sebenarnya bukan nak buat review buku tu hari ni tapi lebih kepada nak berkongsi rasa dengan semua..He, ada ke yang baca post ni, tak pa lah kalau tak ada pun, kongsi dengan blog ni pun dah cukup...

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Mensyukuri nikmat yang diberi terus menerus tanpa henti, dengan mengakui diri ini hanya hamba hidup beribadah dengan rendah hati. Cuma itu yang Allah harapkan setelah pelbagai nikmat Dia beri untuk kita nikmati.

 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.
 (QS Adz Zariyat : 56)

Manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Nya, Rasulullah SAW dan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Hari ini kita buat perkara yang Allah larang, then tersedar, cepat-cepat bertaubat dan azam this is for the last dan tak akan ulang lagi. Tapi, lepas tu, the same thing happen again and again, buat dosa dan bertaubat balik. Ya, saya pernah alami benda ni dan masih alaminya sehingga sekarang. Kadang-kadang saya jadi sangat lemah, Ya Allah, terasa tak kuat untuk pikul semua ni. Terasa malu dan hina sangat diri bila mengaku hamba tapi pandang remeh pada perintah dan larangan-Nya. Ya, malu yang amat sangat. Setelah apa yang Dia beri ini balasannya buat Dia? Bila diri dikawal nafsu dan syaitan, kita jadi tak sedar dengan apa yang sedang kita lakukan.

Betullah, apa yang dah tertulis dalam Al-Quran. Syaitan itu memang sedang berusaha menunaikan janjinya. Kalau Adam dan Hawa berjaya diperdayanya, apatah lagi kita?

"Wahai Tuhan! Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!"
(Surah Shad:82) 

Itu janjinya di hadapan Allah, setelah diusir daripada syurga. See, syaitan itu sendiri pun sedang tunaikan janji dia pada Allah menunjukkan bahawa dia pun percaya yang Allah itu ada. 

Tapi kasih dan sayangnya Allah pada kita, walau sejahat mana pun kita, sebesar mana dosa yang dah kita buat, dan lepas tu kita bertaubat. Allah akan ampunkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pendosa itu adalah dia yang bertaubat. Setiap kali kita buat dosa satu titik hitam terpalit di hati. Tetapi, in syaa Allah, bila seseorang itu bertaubat, titik hitam tu akan hilang. Cuba bayangkan kalau kita buat dosa berterusan, lama-lama hati akan gelap dilitupi titik hitam itu.

  Katakanlah, wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri-diri mereka sendiri, Janganlah kalian putus asa terhadap rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni seluruh dosa, sungguh Dialah Dzat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Az Zumar : 53)

Ampunan Allah itu sangat luas. Mintalah ampun daripada-Nya. Jangan fikir orang yang berdosa akan terus bergelumang dengan dosanya. Usahalah untuk berubah. Kuatlah untuk bangun setiap kali terjatuh. Pandanglah setiap apa yang berlaku sebagai ujian buat diri. Kerana Allah takkan menimpakan sesuatu melainkan sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Jadikanlah ujian sebagai penguat iman dalam diri, buat tambah dekat pada Ilahi bukannya pendorong membawa kita ke jalan mati. 

 “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"  
  ( Al-Baqarah: 286)

 “Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pendusta.”

(Q.S. al-Ankabut [29]: 2-3)

 Manusia takkan pernah sempurna tapi sebagai manusia yang muslim, kita perlu mengejar kesempurnaan. 
 In order to reach perfection, there's still a room for improvement.

Allah itu dekat dan sentiasa ada. Cumanya, sedekat mana kita dengan Dia? Seusaha mana kita cuba untuk bawa diri dekat dengan-Nya?  Sekuat mana kita saat diuji-Nya? tepuk dada, tanya iman dalam diri. 

Takkan sudah jatuh kita nak ditimpa tangga pulak. Sudah tersedar diri berdosa cepat-cepatlah bertaubat. Allah itu kan Maha Pengampun. Jangan sampai bila pintu taubat dah tertutup, waktu tu menangis air mata darah pun dah tak berguna. Peringatan buat diri saya. In syaa Allah, buat kita pendosa, harapan selalu ada. 

p/s: Dalam mencari keampunan Allah, carilah juga keampunan manusia untuk segala dosa yang telah dilakukan kepada mereka. 

Isnin, 20 Januari 2014

Ketam Ajar Anak Jalan Lurus

Assalamu'alaikum wbt semua!
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menjenguk blog hari ni...
Tadi selepas selesai tengok Masterchef, tertonton Romantika bersama Wardina dan suami..Hehe, jarang sangat tengok Romantika ni, tak suka sangat al maklumlah belum berkahwin..hikhik..
Jadi, bukan nak bercerita pasal wardina dan pasangannya, or rumahnya yang tersergam indah or anak-anak yang sangat sweet dan bijak-bijak belaka. Tapi just nak bercakap tentang apa yang wardina cakap dalam Romantika tadi, yang buat saya tersentap, berfikir dan angguk-angguk....Pasal cara bagaimana nak didik anak. Saya tak berapa ingat sebijik-sebijik apa yang dicakapkan tadi, tapi lebih kurang macam nilah;
Jangan suruh anak buat kalau kita sendiri tak buat benda tu. Contohnya, kita suruh anak solat tapi kita tak solat. Kita suruh anak berakhlak mulia tapi kita sendiri tak. Lebih kurang tulah. 

Saya belum berkahwin dan tak pernah join apa-apa kursus pasal parenting ni. Tapi, bila dengar apa yang wardina and her husband cakap. Saya sangat setuju. Ibarat ketam ajar anak dia jalan lurus orang tua-tua cakap. Jadi, apa yang saya tulis ni lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri jugak. Saya pasti semua ibu bapa nak anak-anak dia jadi anak yang terbaik, but at the same time, ibu bapa tu sendiri kena nilai diri dia, sejauhmana baiknya dia, dan sejauhmana dia dah berjaya untuk jadi anak yang baik jugak untuk mak dan ayahnya. Kita nak anak kita berdisiplin, membesar jadi anak yang tak menyusahkan ibu dan ayah. tapi sejauhmana kita sendiri jadi anak yang tak menyusahkan mak ayah. Kita suruh anak-anak buat itu ini tapi kita sendiri tak buat. Kita larang anak-anak tinggal benda-benda tak baik sedangkan kita sendiri buat benda-benda tu di hadapan mereka. Sebagai contoh, seorang ayah larang anak remaja dia merokok, tapi sejak kecik lagi anak dia hidup dengan bau rokok ayahnya?
Hey, sila jalan lurus....grrrrr

Ibu dan ayah tu role model anak-anak. Anak-anak kecil belajar daripada ibu dan ayah mereka. Mereka akan cuba tiru apa yang model depan mereka buat. Sebab tu wujudnya Teori Peniruan Mandura yang mana mengatakan tingkah laku kanak-kanak wujud hasil daripada proses peniruan insan-insan di sekeliling mereka. Baik model tu, baiklah jadinya dia. Buruk model tu buruklah jadinya dia. 

Jadi, selain ibu bapa juga, teachers jugak perlu take note pasal ni. Sebagai seorang guru, kita tak terlepas daripada memberi nasihat kepada anak-anak murid. Dan saya pun tak terlepas. Apa yang saya buat bagi kelas yang nakal-nakal tak tau duduk senyap, saya akan bagi pengisian seperti tazkirah terlebih dulu untuk attract diorang punya attention, behave perangai, duduk elok-elok then baru start dengan p&p. Dan setiap kali bagi tazkirah or nasihat kepada mereka, pasti ada getaran dalam jiwa saya. Saya takut, takut apa yang saya cakap dan suruh mereka buat saya sendiri tak mampu untuk buat. Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan buat diri juga, bukan untuk mereka sahaja dan saya cuba usahakan untuk buat all the things yang saya cakap dan tunjukkan pada mereka yang saya bukan omong kosong. Kadang-kadang saya buat pengisian ni di hujung sesi p&p, beri masa mereka berfikir dan nanti bila sesi p&p seterusnya akan ada sesi ingat semula gitu..he, tapi buat benda ni time tak kena observe lah....

Jadi, kesimpulannya buat diri saya, ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa dan semua lah, eloklah kiranya kita mereflek kembali diri. Anak yang bagaimana kita ini dan anak yang bagaimana yang kita mahu. Tak salah nak mengajar dan mendidik anak itu dan ini tapi biarlah kita juga laksanakan apa yang kita cakapkan itu. Jom usaha untuk jadi anak yang baik dan ibu bapa yang baik juga..in syaa Allah, ask the best from Allah..May Allah bless all of us..amiin..
Oh, sebelum terlupa, satu lagi benda yang saya suka on how wardina didik anak-anak dia ialah no gadgets dan galakkan anak-anak membaca.

 p/s: tengah fikir-fikir cara terbaik untuk ajar my future child nanti..hehe, tapi sebelum tu nak usaha untuk jadi anak yang terbaik buat mak dan ayah dulu...;) Salam Alaik!!! 

                                                
Semoga fizah dapat menjadi anak yang terbaik buat mak dan ayah, di dunia dan akhirat sana..in syaa Allah..amiin

Jumaat, 17 Januari 2014

Versus by Hlovate

Assalamu'alaikum wbt....
Salam Jumaat semua, alhamdulillah, hye hye blog....Dalam beberapa hari ni selalu buka lappy dengan niat nak update blog tetapi akhirnya tutup lappy dengan kekecewaan dan azam lagi nanti buka pulak baru update. And the same situation repeated. 

Jadi, hari ni kembali untuk menunaikan janji. Masa untuk bedah buku. Hari ni saya nak kongsikan tentang sebuah novel karya Hlovate. Novel Hlovate yang  saya paling suka dan dah berulang-ulang kali ulang baca sampai dah terlekang daripada kulitnya.

Ini hah novelnya..
                                                  
Mungkin ramai yang dah baca novel ni since novel ni keluar tahun 2010. Tapi bagi yang belum, silalah beli dan baca, nescaya tak rugi..hehe

..................bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, 
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..........

Versus mengisahkan tentang seorang Minn Edina yang merupakan seorang ex-skater queen, tapi terpaksa meninggalkan dunia skaternya atas permintaan arwah atuknya. Berubah untuk jadi yang lebih baik bukan mudah mungkin pada zahirnya boleh tapi batinnya perlu usaha dan iltizam yang sangat kuat. Ya, Minn berubah dari segi zahirnya tetapi dunia skater dalam jiwanya masih utuh dan kuat. Perkenalan Minn dengan AO(Ashraff Omar) juga seorang skater membawa perubahan dalam diri AO. Pada mulanya AO berubah kerana Minn dan penghijrahan AO ke Australia membawa dirinya lebih dekat dalam mengenali Dia Yang Satu. Melihat kepada perubahan AO, Minn juga mula menilai dirinya. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik disisi Allah zahir dan batin. Memilih yang terbaik untuk dilakukan dan ditinggalkan, it's not something easy to be done. It's all about choices that we made. Semua orang akan ada turning point, changes in life. Tapi untuk sesuatu yang dah menjadi darah daging dalam diri bukan mudah untuk dikikis keluar. Bak kata penulisnya, sakit yang tak berdarah, hanya Allah yang mengetahui-Nya.

Ini adalah sedikit sebanyak sinopsisnya, terlalu banyak untuk diceritakan semua yang berlaku dalam novel ni. Apa yang boleh saya katakan, novel ni sangat best, banyak benda yang saya dapat daripada novel ni. Versus membawa kita melihat bagaimana watak-wataknya mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah. Bacalah, jika anda juga mahu berubah menjadi much much better di sisi Allah.


"Please Minn. 
Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. 
On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please..." 
balas Ashraff Omar
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. 
Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"



 II
"Not a step away from that spot, AO." 
Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back. Off."
Ashraff Omar akur. 
Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. 
I cuma meminta. 
I like you. 
I really really like you. 
I want to give us a chance. 
Permintaan I bukan untuk you terima I sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. 
For us. 
Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.

p/s: Terjumpa satu buku yang best jugak dalamnya, Romanticism is the weapon of satan juga lagu best Menjemput Bidadari oleh dani Setiawan yang tak jemu dengar ulang-ulang kali. Pakej lengkap gitu sebab bila dengar lagu menjemput bidadari ni mesti ingat Min dan AO.Buat dia yang menghadiahkan novel ni untuk saya, Thanks very much dear, i do appreciate it, really2 appreciate it, heh.. ;)


                                                                   Bila yakin telah tiba,
                                                                   Teguh didalam jiwa
                                                               Kesabaran menjadi bunga

                                                                 Sementara waktu berlalu
                                                            Penantian tak berarti sia sia
                                                      Saat perjalanan adalah pencarian diri

Rabu, 8 Januari 2014

Suri Rumah

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya kembali ke dunia blog ini. Terlalu lama rasanya meninggalkannya. Menjadi suri rumah amat memenatkan walaupun hanya menjadi suri rumah yang kedua dengan mak yang sememangnya the only suri rumah sepenuh masa kat rumah.But, pengalaman tu yang sangat berharga buat saya lebih menghargai mak yang hanya suri rumah bukan wanita bekerjaya bergaya di luar sana. Tiap- tiap hari buat kerja yang sama sometimes i felt so bored. Seriously, kadang-kadang bila datang mood malas rasa macam argghhh...bila cuci pinggan kemas rumah elok-elok then sepah balik, rasa macam arggghhhh lagi...hehe...Macam mana mak boleh bersabar buat semua benda ni since dia kecik lagi? Ya, sebab mak jadi suri rumah sejak dia kecik lagi. Tinggal dengan emak tiri dan terpaksa berhenti sekolah semasa tingkatan 2 sebab nak kena mengasuh adik-adik dan pikul tanggungjawab bagai seorang ibu time tok dan wan pergi menoreh.. It was hard, yang mendengar terasa perih apatah lagi tuan badan dan bahu yang kena pikul. Sebab tu bila mak bercerita tentang zaman dia muda-muda dulu, saya akan dengar sambil buat benda lain. Tak boleh, sebab rasa nak nangis. Even sekarang pun saya tengah menaip post ni sambil menangis, ngeh...sobss....Jadi, tak boleh nak diceritakan banyak-banyak tentang kisah hidup mak. Semoga adik-adik mak yang ada ijazah masters bagai hargai jasa kakak mereka. Semoga mak tak disusahkan lagi di hari tuanya.
                                       

Ok, berbalik kepada cerita suri rumah ya. Pengalaman duduk di rumah as suri rumah sebenarnya menyediakan saya untuk alam rumah tangga nanti. Ya, sangat2. Semoga saya kuat untuk jadi wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama suri rumah yang berjaya jugak. Saya kagum dengan mereka yang bekerja tetapi masih buat sendiri semua kerja-kerja rumah tanpa perlukan pembantu. Even ada ja wanita tak bekerja pun pakai orang gaji kat rumah, orang mampu kan..heheh...apa-apa pun,  semoga saya kuat untuk itu (bekerja + suri rumah) juga kecuali bab jaga anak, memang kena hantar pengasuh kan.

p/s: Alhamdulillah, saya dah lulus iv SPP dan akan dipostingkan tak lama lagi. Doakan saya diposting dekat dengan mak dan ayah ya. Semoga dekatnya saya dengan mereka sedikit sebanyak boleh menyenang dan membahagiakan mereka...amiin, amiin...doakan saya ya..=) dan juga hampir terlupa...Selamat Tahun Baru 2014, semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya...