Sabtu, 8 Februari 2014

Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya

Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, dah menginjak ke bulan kedua tahun 2014. Terasa cepatnya masa berlalu. Dah hampir 3 bulan menanam anggur, hehehe...

Hari ni nak buat review tentang novel Panggil Aku Dahlia karya Noor Suraya. Maaf ya, saya peminat tegar Noor Suraya dan dalam proses mengumpul hasil penulisannya yang dulu-dulu. Saya suka gaya bahasanya, setting tempat yang diceritakan dengan teliti buat kita rasa seperti kita disitu. Bagi Panggil Aku Dahlia, latar belakangnya bertempat di Tanah Tinggi Cameron. 
                                               


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu itu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.
Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?
Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya.
Keadaan kian surut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.
Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sabagai mahar?
Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Serba sedikit sinopsis novel ini. Sangat menarik dan padat dengan mesej buat saya tak dapat nak berhenti daripada membacanya...hehe, bila stop sekejap untuk buat benda lain, mesti rasa tak sabar-sabar nak sambung baca balik tapi dalam masa yang sama rasa macam tak nak bagi habis cepat-cepat..

Mengisahkan tentang ketabahan seorang gadis yang bernama Putri Dahlia Megat Qais yang terpaksa pulang menyelamatkan Teh Timor milik keluarga turun temurun. Di samping itu novel ini juga memaparkan kisah bagaimana jadinya apabila kita mengabaikan perintah Allah SWT. Dahlia dan Wadi sama. Kedua-duanya dibesarkan dalam keluarga yang punya pegangan Islam yang sangat longgar. Solat ditinggalkan, hidup sudah seperti orang yang tidak pernah kenal erti syahadah. Tapi alhamdulillah, dihantar ke Australia untuk tinggal bersama ibu saudaranya buat Dahlia mula belajar menjadi seorang islam yang mengamalkan keislamannya. Kepulangan Dahlia ke Malaysia bukan sahaja merungkai misteri kematian ibunya tetapi telah berjaya membawa ayahnya kembali sujud kepada Dia. Novel ini juga memaparkan bagaimana kuatnya Dahlia berpegang kepada prinsip hidupnya terutama dalam mencari pasangan hidup. Jujur dalam hatinya hanya ada Wadi Hannan, tapi sayang diri itu tidak mampu untuk dia terima. Berbelas tahun Dahlia menanti untuk Wadi berubah dan saya yakin pastinya dia tidak pernah menyesal. 

" Saya ingin menumpang bahtera yang saya yakin nahkodanya nanti akan mampu membawa saya menemui Dia tanpa sesat ke mana-mana." Dahlia


Ketahui kesudahan novel ini dengan membeli or meminjam dan membacanya sendiri. In syaa Allah, anda juga tidak akan menyesal. Selamat membaca!!

p/s: Kebanyakan novel Noor Suraya, watak utama si gadis mesti yang tak atau kurang cantik tetapi akhirnya berjaya juga mendapatkan cinta sejatinya. Cantik itu sangat subjektif. Bukan yang cantik rupa sahaja yang layak untuk dicintai dan yang buruk rupa ditolak tepi? Sedangkan Allah pun tidak melihat rupa untuk kita ke syurga kan...Last but not least, thanks soooooo much buat yang membeli dan memberikan novel ni kepada saya, hadiah besday katanya...hihi, tak menyesalkan? Berbaloi ja....