Rabu, 11 Disember 2013

Bungkus @ Tutup?

 Assalamu'alaikum wbt......


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat Imam Muslim).

Merujuk kepada hadis di atas, hari ni saya nak berkongsi tentang wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang iaitu tutup atau bungkus aurat. Jom baca petikan di bawah.

"Ok, let say epal ni macam aurat kita. Bila akak bungkus epal ni dengan apron, macam ni."
Kak Amani menunjukkan epal yang dia dah bungkus tadi.
"Ini  namanya bungkus. Bila kita tengok, kita still dapat describe bentuk epal ni kan? Cuba Mia describe bentuk epal ni." 
"Mia? ala senang je ni. Bentuknya bulat or sfera lebih tepat."
"Em, betul la tu. Ok, sekarang kita nak tutup pulak epal ni." Tangan Kak Amani ligat membuka balutan epal tadi. Selepas dibuka, diambil penutup saji dan ditutup epal tadi. Menutupi keseluruhannya.
"Sekarang, kalau Mia tak tahulah epal tu bentuknya macam mana, kiranya macam pengetahuan Mia tentang epal kosong lah. Agak-agak Mia dapat describe tak bentuknya? Kecil ke besar ke? Agak-agak boleh tak?"
"Mestilah tak boleh kak, mana nampak apa pun ni." Mia memegang tudung saji. Diangkatnya tudung saji tersebut.
"Hah, macam ni bolehlah." Mia memandang Kak Amani yang sedang tersenyum-senyum memandangnya. 
Akhirnya ketawa yang ditahan sejak dari tadi terlepas juga. Mia bukan apa, rasa lawak pula bila tengok Kak Amani dari tadi serius dengan demonstrasi buah epalnya. Betul ke ayat demonstrasi yang Mia guna ni? Ah, tak kisah lah, asal sampai je maksudnya kan?
Jarang Mia tengok Kak Amani bersungguh-sungguh macam ni. Yelah mana tak jarangnya sebab Mia sendiri tak pernah suka nak tanya soal-soal macam ni pada Kak Amani. Walaupun kami dua beradik sahaja tapi Mia lebih suka pendam sorang-sorang apa yang Mia rasa ataupun cari sendiri jawapan kalau Mia ada musykil apa-apa. Mia salah kan? Sebabnya, kata Kak Amani jika kita nak belajar soal agama terutamanya, kita tak boleh hanya bergantung kepada buku sahaja, lebih baik kalau ada orang yang dapat membimbing. Orang yang lebih ilmu agamanya daripada kita.
"Mia." Kak Amani menampar lembut belakang tangan Mia.
"Ye kak, kenapa?"
"Diam je, faham tak apa yang Kak Amani cuba nak sampaikan ni?"
"Faham. Maksudnya kalau nak tutup aurat biarlah betul-betul. Contohnya kalau pakai jeans ketat, baju lengan panjang tapi yang melekat dan atas punggung then pakai pulak tudung tapi diselepang ke belakang tak menutup dada. Itu still tak mencukupi untuk dikatakan menutup aurat. Itu bungkus aurat yang macam Kak Amani maksudkan kan?"
"Betul, pandai Mia. Bila berpakaian macam tu, orang masih boleh nampak bentuk punggung kita, bentuk buah dada dan apa-apa bentuk yang ada kat badan ni. Tambah lagi bila pakai tudung jarang, bentuk batang leher sekali orang boleh nampak, itu tutup aurat ke Mia?"

 “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Diconteng oleh: Hafizah Radzak

Jom sama-sama tutup aurat dengan sempurna, labuhkan tudung menutupi dada dan jangan pakai tudung yang jarang, longgarkan pakaian di tubuh, pakai stoking kaki, dan jangan terlebih berwangi-wangian.. Semoga Allah bertambah redha.. 

                                      
p/s:Ini salah satu petikan yang saya ambil daripada penulisan novel saya yang entah tahun bila dapat disiapkan dan dipasarkan.Hehe, saya suka menulis apa-apa yang terlintas di fikiran. Doakan saya dapat siapkan novel ni dan pasarkannya nanti ya....=)

Selasa, 10 Disember 2013

Random

Assalamu'alaikum wbt...
wah, lamanya tak jenguk blog..
hehe, saya busy study lagi..
Alhamdulillah, td dah selesai temuduga SPP bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41..
walaupun tak de lah perform dengan sangat baik tadi tapi sekurang-kurangnya lega sebab satu debaran dah berakhir dan sekarang menanti debaran seterusnya iaitu tunggu result pulak..
Apa-apa pun semoga saya dan sahabat-sahabat seperjuangan lulus dan dapat posting..amiin,
doa, doa dan terus berdoa....
Mohon doa kalian juga ya..
dah tak sabar nak kembali ke sekolah mendidik anak bangsa...=)

p/s: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,,,,yakin dengan Allah tanpa ragu-ragu..